Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada Jumaat mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini, bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal COVID-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.

Berikut pula merupakan soalan lazim (FAQ) berkaitan PKPB bagi Kementerian Pendidikan Malaysia:

FAQ) berkaitan PKPB bagi


PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

- Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.

Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

Bolehkah Pengetua atau Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.

Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung atau luar kawasan boleh pulang
ke tempat tinggal semasa PKPB?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?
Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

FAQ) berkaitan PKPB bagi

ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.


PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah atau institusi pendidikan atau pejabat atau kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?
Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
Ya.

Apakah arahan atau tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Apakah tanggungjawab syarikat atau kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat atau kontraktor perlu:
a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan
perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;
b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan
tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan
c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang
disahkan positif COVID-19


SEKOLAH SWASTA

Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.

FAQ) berkaitan PKPB bagi