MALAYSIA
Sogok polis, penjaga kebun didenda RM5,000
Tertuduh diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman atas kesalahan menyogok polis tahun lalu.
KUANTAN: Seorang penjaga kebun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah dan disabitkan atas kesalahan memberi rasuah RM1,500 kepada pegawai polis sebagai balasan melepaskan dua lelaki, tahun lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh, Hiew Chee Yong, 47, turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang diputuskan Hakim Sazlina Safie.
Berdasarkan pertuduhan kes yang dikemukakan, tertuduh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menawarkan wang RM1,500 kepada pengadu sebagai dorongan untuk melepaskan dua pekerjanya daripada tahanan polis di bawah kesalahan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini kira-kira jam 3.10 petang pada 6 Mei tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman, yang mewakili tertuduh, dalam rayuannya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman denda minimum mengambil kira pengakuan bersalah anak guamnya yang telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Menurutnya, tertuduh yang kini bekerja sebagai penjaga kebun terpaksa menyara isteri, dua anak dan ibu yang uzur.
"Tertuduh juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu," ujar Muhamad Saifuldin.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh selain mengambil kira kepentingan awam.
Mengambil kira hujah rayuan kedua-dua pihak, Sazlina dalam keputusannya mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu sebelum menjatuhkan hukuman.
Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM1,500 dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Hiew Chee Yong, 47, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM1,500 kepada pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan dua pekerjanya yang ditahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
- Kesalahan dilakukan di Lokap Berpusat Indera Mahkota pada 6 Mei tahun lalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
- Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia, dan tertuduh berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda, selain rayuan peguam mempertimbangkan keadaan keluarga dan pengakuan bersalah tertuduh.