awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong Anwar: UMNO harap rakyat tidak terpedaya dengan surat palsu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/10/2020
08:29 MYT
Sokong Anwar: UMNO harap rakyat tidak terpedaya dengan surat palsu
UMNO berharap agar ahli mahu pun rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:UMNO hari ini menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kesembilan.
Parti itu melalui portal rasminya, UMNO Online, meminta semua pihak supaya tidak terpedaya dengan surat palsu berkenaan.
""... Surat tersebut yang didakwa diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, menyebut Presiden bersama ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada.
“Justeru UMNO berharap agar ahli mahupun rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, dalam satu surat bertarikh 11 Oktober 2020, yang didakwa dihantar Ahmad Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa berkata, sokongan tersebut turut didukung ahli-ahli Parlimen UMNO.
BACA: Sokong Anwar: Surat didakwa diutuskan Zahid kepada Agong mula tular
Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Pejabat Najib turut menafikan kesahihan surat berkenaan.
Topic Berkaitan
#surat zahid kepada agong
#Tular
#UMNO
#umno nafi
#umno sokong anwar
#perdana menteri kesembilan
#umno online
#Ahmad Zahid Hamidi
#Najib Razak
#Anwar Ibrahim
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan