awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah

Bernama
Bernama
04/07/2024
06:32 MYT
Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Lau Weng San berkata untuk sementara waktu, Abdul Rashid ditempatkan di antara blok pembangkang dan blok kerajaan mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.
Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata untuk sementara waktu, Abdul Rashid ditempatkan di antara blok pembangkang dan blok kerajaan mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini.
"Ini (kedudukan kerusi) juga dilakukan dengan mengambil kira kekananan beliau sebagai ADUN penggal kedua dan juga kekananan beliau yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya pada Persidangan DUN Selangor ke-15 yang bermula hari ini.
Lau membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangun bagi memohon petua berkenaan perkara itu dalam memastikan keharmonian dan kelancaran sidang dewan.
Sebelum ini, Abdul Rashid telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Lau berikutan keguguran keahlian Abdul Rashid sebagai ahli Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adun Bersatu
#sokong MB
#DUN Selangor
#adun selat klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan