GADGETS
Sokongan AI pada carian Google buat penerbit kandungan web hilang trafik

Penggunaan AI dalam carian Google dijangka memberi kesan kepada kualiti kandungan, terutama dalam topik fesyen, gaya hidup, percutian, masakan, dan deko rumah. -Amanz
GOOGLE telah pun mula memperkenalkan integrasi sokongan janaan hasil carian dikuasakan kecerdasan buatan – di mana teks ringkasan untuk sesuatu carian dipaparkan pada bahagian atas laman, sebelum diikuti dengan senarai pautan di bawah.
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan integrasi AI dalam hasil carian, memaparkan teks ringkasan di atas laman sebelum senarai pautan.
- Penerbit kandungan melihat kesan negatif pada trafik laman web mereka, dengan beberapa menutup operasi atau beralih kepada video di YouTube.
- Penggunaan AI dalam carian Google dijangka memberi kesan kepada kualiti kandungan, terutama dalam topik fesyen, gaya hidup, percutian, masakan, dan deko rumah.
Dengan mengubah kaedah kandungan disampaikan, untuk jangka masa panjang dijangka akan memberikan kesan kepada kualiti kandungan di carian Google, memandangkan data latihan tidak memadai.
Google sebelum ini telah mengatakan pengenalan ciri AI pada carian tidak memberikan kesan kepada trafik pengunjung ke sesuatu web, namun pelbagai penerbit melihat sebaliknya.
Antara topik yang terkesan tinggi adalah termasuk fesyen, gaya hidup, percutian, masakan dan juga deko rumah.
Bagi kami sendiri, penggunaan carian Google dilihat kurang memaparkan kandungan dengan tepat berbanding sebelum-sebelum ini, apatah lagi dengan carian dalam bahasa Malaysia. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami