[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

Sokongan AI pada carian Google buat penerbit kandungan web hilang trafik

Amanz 08/04/2025 | 04:00 MYT
Penggunaan AI dalam carian Google dijangka memberi kesan kepada kualiti kandungan, terutama dalam topik fesyen, gaya hidup, percutian, masakan, dan deko rumah. -Amanz
GOOGLE telah pun mula memperkenalkan integrasi sokongan janaan hasil carian dikuasakan kecerdasan buatan – di mana teks ringkasan untuk sesuatu carian dipaparkan pada bahagian atas laman, sebelum diikuti dengan senarai pautan di bawah.

Ringkasan AI
  • Google memperkenalkan integrasi AI dalam hasil carian, memaparkan teks ringkasan di atas laman sebelum senarai pautan.
  • Penerbit kandungan melihat kesan negatif pada trafik laman web mereka, dengan beberapa menutup operasi atau beralih kepada video di YouTube.
  • Penggunaan AI dalam carian Google dijangka memberi kesan kepada kualiti kandungan, terutama dalam topik fesyen, gaya hidup, percutian, masakan, dan deko rumah.

Langkah ini dilihat ingin membantu pengguna dalam mendapatkan jawapan kepada carian dengan pantas, namun pada masa yang sama, kini dilihat memberikan kesan kepada pengunjung sesuatu laman web yang menghasilkan kandungan berkaitan.
Mengikut temu ramah Bloomberg, beberapa penerbit telah pun menutup operasi mereka, selain ada yang telah mengubah kaedah bagaimana menarik trafik. Ada juga yang telah mengurangkan penulisan teks, dan beralih kepada bentuk video di YouTube.
Dengan mengubah kaedah kandungan disampaikan, untuk jangka masa panjang dijangka akan memberikan kesan kepada kualiti kandungan di carian Google, memandangkan data latihan tidak memadai.
Google sebelum ini telah mengatakan pengenalan ciri AI pada carian tidak memberikan kesan kepada trafik pengunjung ke sesuatu web, namun pelbagai penerbit melihat sebaliknya.
Antara topik yang terkesan tinggi adalah termasuk fesyen, gaya hidup, percutian, masakan dan juga deko rumah.
Bagi kami sendiri, penggunaan carian Google dilihat kurang memaparkan kandungan dengan tepat berbanding sebelum-sebelum ini, apatah lagi dengan carian dalam bahasa Malaysia. -Amanz
#Google #Integrasi AI #hasil carian #trafik laman web