MALAYSIA
Sokongan digital tingkatkan pengalaman pelancong di hotel
Dr Mohamad Yusman berkata, bagi memastikan kelancaran digital platform dan keselesaan tetamu, hubungan dan jaringan antara hotel dengan Unifi Business amat penting. - Gambar Unifi
KUALA LUMPUR : Dalam sektor pelancongan, akses internet menjadi faktor utama bagi pelancong menilai pengalaman mereka di hotel.
Tanpa sambungan internet yang baik, reputasi hotel boleh terjejas termasuklah perkhidmatan makanan dan penginapan di hotel terlibat.
Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata, bagi memastikan kelancaran digital platform dan keselesaan tetamu, hubungan dan jaringan antara hotel dengan Unifi Business amat penting.
Jelasnya, peranan Unifi Business termasuk memastikan kestabilan, kelancaran dan konsistensi perkhidmatan digital di semua lokasi hotel.
"Unifi Business telah memainkan peranan menyokong pihak hotel secara profesional, membolehkan pelanggan mengakses internet dan perkhidmatan lain dengan mudah.
"Sebelum ini, isu berkaitan internet pernah berlaku, namun perkembangan terkini banyak menyelesaikannya,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam temubual khas Agenda AWANI mengenai Transformasi Hospitaliti Generasi Baharu di Studio Awani pada Isnin.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Wyndham Hotel, Abu Bakar Mohd Ibrahim menyatakan, reputasi dan rekomendasi hotel lima bintang turut bergantung kepada infrastruktur dan fasiliti yang setaraf antarabangsa.
Ini termasuk memastikan akses internet dan perkhidmatan digital memenuhi ekspektasi pelancong.
"Sokongan daripada Unifi Business dan Wyndham Hotel digambarkan sebagai medium yang padu, selari dengan membolehkan operasi harian hotel berjalan lancar.
"Hubungan yang baik antara pihak hotel dan penyedia perkhidmatan digital memudahkan penyelesaian sebarang cabaran operasi," katanya.
Abu Bakar berkata, bagi memastikan pengalaman pelancong premium, akses internet dan jaringan digital di hotel juga harus berada pada tahap lima bintang, sejajar dengan layanan dan fasiliti yang disediakan.