MALAYSIA
Sokongan kepada program mobiliti dalam ASEAN perlu diperkukuh - Zambry
Zambry berkata, pada masa sama, mobiliti minda perlu terus dipromosikan melangkaui sekadar mobiliti fizikal pelajar dan ahli akademik. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sokongan kepada program mobiliti pelajar, pendidik, penyelidik dan golongan belia dalam kalangan negara ASEAN mahupun antara ASEAN dan Eropah perlu diperkukuh dalam usaha merapatkan negara dan menghubungkan rantau.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menerusi kenyataan di Facebook berkata, pada masa sama, mobiliti minda perlu terus dipromosikan melangkaui sekadar mobiliti fizikal pelajar dan ahli akademik.
"Mobiliti minda bermaksud membentuk keterbukaan intelektual, empati budaya, serta kesediaan untuk belajar merentas sempadan sama ada disiplin ilmu, batas geografi mahupun perbezaan ideologi. Mobiliti minda ialah keupayaan untuk berfikir secara global tetapi bertindak secara lokal, selari dengan keperluan masyarakat masing-masing.
"Konsep itu melangkaui perjalanan akademik semata-mata dan mencerminkan semangat keterlibatan yang dipupuk melalui penyelidikan bersama, dialog antara budaya, pembelajaran pelbagai bahasa, serta pengalaman rentas sektor," katanya.
Zambry berkata, hal itu menjadi antara perkara yang ditekankan beliau dalam ucapan ketika merasmikan Ambassadors' Roundtable for ASEAN 2025 (ART@ASEAN'25), sebuah platform diplomatik berprestij yang bertujuan memperkukuh dialog membina antara negara-negara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis..
Inisiatif penting itu, katanya, diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi dengan sokongan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta rangkaian universiti awam dan swasta terkemuka di seluruh negara.
"Forum ini menjadi wadah strategik dalam merealisasikan aspirasi bersama untuk memperkukuh diplomasi pendidikan, memperluas mobiliti akademik dan mempererat kerjasama pelbagai hala yang bermanfaat kepada pembangunan serantau dan global," katanya.
-- BERNAMA