GADGETS
Sokongan Windows 10 akan ditamatkan minggu hadapan
Sokongan rasmi Windows 10 akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025 dan tiada lagi kemas kini termasuk keselamatan selepas tarikh tersebut. -Foto Amanz
PARA pengguna sistem operasi Windows 10 diingatkan bahawa sokongan rasmi sistem operasi berkenaan akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025, iaitu minggu hadapan.
Ringkasan AI
Komputer yang menggunakan Windows 10 masih boleh digunakan seperti biasa selepas tarikh tersebut, namun tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini, termasuk kemas kini keselamatan.
Sebagai alternatif, pengguna yang ingin terus menggunakan Windows 10 boleh menyertai program Windows 10 Extended Security Updates (ESU) yang menawarkan kemas kini keselamatan untuk tempoh setahun lagi.
Sebaliknya, pengguna juga boleh memilih untuk menaik taraf kepada Windows 11 bagi menikmati pelbagai ciri baharu yang ditawarkan.
Adakah anda masih menggunakan Windows 10? -Amanz
Ringkasan AI
- Sokongan rasmi Windows 10 akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025 dan tiada lagi kemas kini termasuk keselamatan selepas tarikh tersebut
- Pengguna boleh terus guna Windows 10 melalui program Extended Security Updates (ESU) selama setahun lagi
- Pengguna digalakkan menaik taraf ke Windows 11 untuk menikmati ciri baharu dan sokongan berterusan