awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS

Bernama
Bernama
09/10/2020
16:08 MYT
Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan. - Gambar fail
SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam sehingga diberitahu kelak.
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu susulan seorang jemaah yang hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat Jumaat pada 2 Okt, didapati positif COVID-19.
"Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir pada solat Jumaat pada hari itu adalah seramai 1,310 orang.
"Oleh yang demikian, JAIS menyeru para jemaah yang hadir waktu berkenaan supaya tampil dan segera melakukan saringan di klinik kesihatan yang berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kawalan kendiri dengan kuarantin di rumah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Buat masa ini, pihak JAIS hanya membenarkan tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk melaungkan azan dan melakukan solat fardhu.
"Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
#lapangan terbang Subang
#Subang
#Jabatan Agama Islam Selangor
#JAIS
#Solat Jumaat
#solat jemaah
#ditangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan