Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Beliau berkata, solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan.
"Ulama tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk dilakukan solat jenazah ghaib. Ia boleh dilakukan selepas sehari, dua hari atau seminggu kematian tersebut. Yang penting, maklumat mengenai kematian berkenaan kita baru terima.
"Cuma kena pastikan, jika kematian baharu berlaku, solat itu harus dilakukan selepas jenazah dikafankan dan dikebumikan," katanya kepada pemberita selepas sesi Taklimat Pengurusan Jenazah Mangsa COVID-19, di sini, hari ini.
Sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac hingga 14 April, solat jenazah ghaib boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga lain di rumah masing-masing.
Dalam beberapa kes kematian mangsa COVID-19 baru-baru ini, pengurusan dan pengebumian jenazah hanya dilakukan oleh petugas hospital yang memakai lengkap peralatan pelindungan peribadi (PPE) bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kluster wabak tersebut.
Tiada seorang pun waris mahupun orang ramai dibenarkan menghadiri proses pengurusan dan pengebumian jenazah berkenaan.
Dalam pada itu, Anhar turut memohon ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau di seluruh negeri supaya mempercepatkan pengurusan jenazah walaupun hanya dengan bilangan jemaah yang tidak ramai serta menepati jarakan sosial sepanjang tempoh PKP.
"Waris atau kenalan yang tidak dapat pulang kerana perintah kawalan, boleh melakukan solat jenazah ghaib dengan memastikan jenazah selesai dikafan dan dikebumikan," katanya.
Mengenai bacaan talkin selepas proses pengebumian pula, Anhar mencadangkan ahli jawatankuasa kariah terlibat melakukannya seringkas mungkin kerana tidak digalakkan berkumpul sepanjang pelaksanaan PKP.
Katanya, bacaan talkin itu boleh dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada penduduk setempat kerana objektifnya sebagai pesanan kepada umat Islam mengenai kematian. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan. - Gambar hiasan
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Solat jenazah ghaib untuk mangsa COVID-19
Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.