KESUNGGUHAN Alya Aqeela Muhammad Fadhil, 7, untuk menjual lukisan di hadapan rumahnya di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi, di sini mengejutkan ibu bapanya apabila semua enam karyanya habis dijual dalam masa sejam.
Ayahnya, Muhammad Fadhil Mohd Zainuddin, 32, berkata, dia tidak menghalang anaknya untuk berbuat demikian walaupun idea tersebut muncul secara tiba-tiba pada pagi Selasa.
Namun begitu, dia mendakwa Aqeela ingin cuba berniaga kerana sering melihatnya menjual durian di Desa Petaling di sini kerana ingin mencari pendapatan tambahan.
“Sebelum ini saya bekerja sebagai kontraktor, tapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya berkurang.
“Jadi saya buka gerai durian di Desa Petaling. Mungkin disebabkan dia melihat saya berniaga, dia juga terpengaruh untuk berniaga, jadi dia minta saya untuk dirikan gerai di hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Dalam pada itu, Muhammad Fadhil berkata, isterinya, Nurul Fazren Abd Rasit, 31, menentang idea Alya Aqeela untuk menjual lukisan di hadapan rumahnya kerana dia menganggap perbuatan tersebut tidak masuk akal bagi kanak-kanak seusianya.
Namun begitu, Muhammad Fadhil yang tidak mahu mematahkan semangat anaknya untuk berniaga menurutkan hasratnya membuka gerai di hadapan rumah, dan mula menjual pada sekitar jam 5 hingga 6.30 petang pada Selasa.
“Pada awalnya anak saya masuk ke dalam rumah mengadu tiada orang membeli lukisannya, tapi saya menyuruhnya untuk kekal berada di gerainya.
“Selepas 15 minit, gerainya dikunjungi pelanggan yang tinggal di kawasan sekitar untuk membeli lukisannya.
“Sepatutnya dia mendapat RM6 daripada hasil jualan enam buah lukisan, namun apa yang mengejutkan saya, dia berjaya mendapat RM51 daripada perniagaan tersebut,” katanya.
Melihat kepada hasil jualan yang diraih Alya Aqeela, ibunya sangat terkejut dengan pencapaiannya, malah lebih mengharukan, Aqeela ingin memberikan semua wang jualannya kepada ibunya,
Namun, ibunya memintanya untuk menyimpan wang tersebut ke dalam tabung simpanan.
Mengulas lanjut, Muhammad Fadhil berkata, Alya Aqeela ingin terus menjual lukisannya setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli yang merupakan penduduk sekitar kawasan tersebut.
Namun begitu, dia tidak dapat memastikan jumlah lukisan yang bakal dihasilkan untuk dijual kerana ia bergantung kepada 'mood' anaknya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 09 2021

Alya Aqeela (tengah) bergambar dengan pembeli yang merupakan penduduk sekitar Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi
Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba.

Polis Kelantan rampas dua pistol dalam dua serbuan di Pasir Mas
Sepucuk pistol miliki lelaki tempatan, sementara sepucuk lagi daripada warga Thailand yang masuk ke Malaysia secara haram.

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, selamat bernikah dengan penerbit drama?
Pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

AWANI Ringkas: PM tegaskan tiada campur tangan kerajaan dalam siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Reka Bentuk Baharu | Australia ganti ilustrasi Raja dari wang kertas 5 dolar
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

'Sold out'! Kisah kanak-kanak jual lukisan depan rumah tular di media sosial
Aqeela ingin cuba berniaga kerana sering melihat ayahnya menjual durian di Desa Petaling.