awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti ASEAN kunci banteras jenayah rentas sempadan - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
11/09/2025
22:20 MYT
Solidariti ASEAN kunci banteras jenayah rentas sempadan - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution (tiga, kanan) bersama Ab Rauf (tiga, kiri), pada Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat AMMTC ke-19 dan mesyuarat berkaitan, di Melaka, 11 Sept 2025. --fotoBERNAMA
MELAKA: Malaysia berharap kerjasama serantau dalam memerangi jenayah rentas sempadan dapat terus diperkukuh bagi melindungi nyawa, memulihkan maruah dan memberi harapan kepada komuniti yang terjejas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata misi tersebut, tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana negara secara bersendirian, sebaliknya memerlukan semangat solidariti yang kukuh dalam kalangan negara anggota ASEAN.
"Seperti peribahasa Melayu mengingatkan kita, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Inilah inti pati ASEAN, iaitu solidariti, kerjasama dan kepercayaan," katanya dalam ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Saifuddin Nasution turut merakamkan penghargaan kepada negeri Melaka kerana menjadi tuan rumah acara tersebut dalam semangat keterbukaan dan kerjasama yang telah menjadi ciri bandar raya berkenaan sejak berabad lamanya.
"Bagi pihak semua delegasi ASEAN, kami mengucapkan terima kasih kepada Melaka kerana membuka hati dan negeri anda kepada kami.
"Amat bertepatan sekali, Melaka yang pernah menjadi pusat pertemuan besar dunia dan masih menjadi hab yang rancak hingga hari ini, kini menyambut ASEAN serta rakan-rakan kita untuk membincangkan cabaran pada zaman ini," katanya.
Saifuddin Nasution berkata ASEAN bukan hanya mengenai dokumen atau deklarasi, tetapi mengenai rakyatnya, persahabatan serta jaminan bahawa apabila krisis melanda, negara anggota akan berdiri bersama-sama sebagai jiran, rakan kongsi dan sahabat.
"Malaysia berbangga menjadi Pengerusi AMMTC tahun ini. Bagi saya, ini lebih daripada satu tanggungjawab, ia satu penghormatan untuk berjalan seiring dengan ASEAN dalam misi bersama-sama membina sebuah rantau yang lebih selamat dan terjamin untuk generasi akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Saifuddin Nasution
#Ab Rauf Yusoh
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan