awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti buat Rohingya di Perhimpunan Agung UMNO 2016

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
30/11/2016
06:20 MYT
Solidariti buat Rohingya di Perhimpunan Agung UMNO 2016
Isu pembantaian etnik Rohingya di Myanmar mencetuskan kemarahan komuniti dunia yang prihatin. - Foto Astro AWANI
Solidariti buat kaum minoriti Rohingya berterusan diberikan sebagai bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kepada mereka.
Pemuda UMNO semasa persidangan sayap parti itu, dipertontonkan dengan rakaman visual penyeksaan junta tentera terhadap golongan tersebut.
Sebelum memulakan ucapan dasar, Ketuanya, Khairy Jamaluddin dengan keras mengecam tindakan itu dan mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan segera mengehentikan serta merta segala bentuk penindasan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu.
Pada masa sama, Pemuda turut menyampaikan mesej kepada ASEAN, di mana Myanmar merupakan negara anggota komuniti itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)
"Kepada ASEAN, Pergerakan Pemuda UMNO juga mendesak agar keahlian Myanmar dalam ASEAN dikaji semula.
"Prinsip tidak campur tangan tidak boleh diguna pakai apabila berlakunya pemusnahan etnik besar-besaran dalam sebuah negara ahli ASEAN," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menyelar isu pembantaian dan pembersihan etnik yang berlaku di Rohingya.
"Kita menggesa agar semua pihak, khususnya OIC, ASEAN dan PBB mengambil ketetapan dengan segera untuk menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh regim Myanmar itu.
"Kita juga mendesak supaya jawatankuasa Anugerah Nobel menarik balik Anugerah Nobel Keamanan kepada Aung San Suu Kyi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Puteri UMNO di sini, hari ini. Selain menggesa supaya semua pihak mengambil tindakan segera politik yang perlu, Mas Ermieyati mahu iktibar diambil daripada peristiwa pahit ini.
Katanya, tidak mustahil perkara sama akan menimpa kita sekiranya kita alpa.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Khairy Jamaluddin
#Mas Ermieyati Samsudin
#Myanmar
#oic
#PBB
#Perhimpunan Agung UMNO 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan