awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti global, nekad moral penting untuk krisis Gaza - Anwar

Bernama
Bernama
01/07/2025
01:20 MYT
Solidariti global, nekad moral penting untuk krisis Gaza - Anwar
Genosid di Gaza sudah memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin. - Foto fail/AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral yang kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.
Dalam kemas kini di Facebook, Anwar berkata beliau mengadakan perbincangan mengenai hal itu secara maya dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal Jeremy Corbyn pada Isnin.
"Saya telah berbincang menerusi panggilan video dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British Jeremy Corbyn, menyentuh mengenai langkah kerjasama dalam kalangan negara-negara yang sehaluan ... termasuk Kumpulan Hague untuk memberi lebih tekanan terhadap Israel supaya menghentikan segera genosid yang sedang berlaku di Gaza," katanya.
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia, serta memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan.
Genosid di Gaza sudah memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 11,000 masih hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Gaza
#Jeremy Corbyn
#solidariti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan