awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Dewan Rakyat perlu buat usul kecam rejim zionis Israel - Pemuda Pas

Fareez Azman
Fareez Azman
28/10/2023
10:42 MYT
Solidariti Palestin: Dewan Rakyat perlu buat usul kecam rejim zionis Israel - Pemuda Pas
Himpunan 10k Solidariti Palestin anjuran Pas berlangsung berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Sabtu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan bahawa Dewan Rakyat perlu membuat usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Jelasnya, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Pas berharap agar usul seumpama itu dapat ditegaskan sebagai pendirian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin ketika ini.
"Kami Ahli-ahli Parlimen PN berharap satu usul dapat diterima di Dewan Rakyat, kerana penerangan menteri sebelum ini ketika Israel belum lagi mengganas sehingga seperti hari ini.
"Setelah hari ini Israel semakin mengganas, Dewan Rakyat perlu menyuarakan satu pendirian yang tegas sebulat suara," katanya.
Tegas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu, usul terbabit amat penting bagi Malaysia dalam terus berdiri mempertahankan kemerdekaan Palestin yang ditindas rejim zionis selama ini.
"Sehingga hari ini hanya penerangan menteri, kita hendak Dewan Rakyat meluluskan satu pandangan mewakili rakyat Malaysia untuk menyatakan satu mesej sangat berkesan dan tidak menyokong tindakan Israel.
"Saya bersetuju Ketua Pembangkang agar Israel dikutuk dalam Parlimen dengan satu usul sebulat suara," katanya lagi.
Usul kecam zionis Israel perlu dibuat di Dewan Rakyat
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin anjuran Pas berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Sabtu.
Antara pemimpin politik yang menyertai himpunan itu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.
Topic Berkaitan
#Himpunan 10k Solidariti Palestin
#Afnan Hamimi Taib Azamudden
#perang Palestin Israel
#Dewan Rakyat
#Pemuda Pas
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan