MALAYSIA
'Solidariti untuk Zara bukan pentas politik' - Peguam ingatkan penganjur, penyokong
Hamid menyeru agar penganjur menolak individu yang cuba menjadikan perhimpunan sebagai platform politik. - Foto fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Semua pihak diminta agar tidak menjadikan perhimpunan solidariti bagi menuntut keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebagai medan berpolitik, sebaliknya mengekalkan fokus terhadap perjuangan membela nasib mangsa.
Ringkasan AI
Peguam keluarga, Hamid Ismail, menegaskan bahawa penganjur perlu bertindak bijak dan berhemah sekiranya menjemput mana-mana wakil politik, serta menolak sebarang ucapan yang berunsur kepartian.
“Solidariti untuk Zara sangat kami sokong, tapi patuhi undang-undang dan jaga kebersihan lokasi. Kalau ada yang nak berpolitik, jangan benarkan mereka hadir. Ini bukan pentas mana-mana parti, ini untuk Zara,” katanya kepada media selepas sesi penyerahan sebutan inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, hari ini.
Beliau turut menyeru agar penganjur menolak individu yang cuba menjadikan perhimpunan sebagai platform politik.
“Ini tidak bagus. Kita semua di sini untuk Zara,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamid memaklumkan bahawa ibu Allahyarham Zara, Noraidah Lamat, berasa lega dan gembira dengan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang berhubung kes kematian anaknya.
“Saya bercakap dengannya semalam. Dia sangat gembira dan mohon agar semua saksi tampil beri kerjasama. Terutamanya pelajar - kalau takut nak jumpa polis, datang jumpa kami,” katanya.
Ringkasan AI
- Peguam keluarga minta semua pihak elak unsur politik dalam perhimpunan solidariti untuk Allahyarham Zara Qairina - fokus hanya pada keadilan mangsa.
- Penganjur digesa bertindak bijak, tolak ucapan berunsur kepartian - "Ini bukan pentas mana-mana parti, ini untuk Zara," tegas peguam Hamid Ismail.
- Ibu mangsa gembira dengan jaminan PM, tiada pihak akan terlepas - saksi dan pelajar diminta tampil beri kerjasama, "Kalau takut jumpa polis, jumpa kami."