awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solusi kemampanan ada pada masyarakat tempatan - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
15/01/2024
12:45 MYT
Solusi kemampanan ada pada masyarakat tempatan - Penganalisis
JEMILAH: Kita perlu beri penghormatan kepada masyarakat tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka boleh menjadi solusi yang baik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Solusi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sudah ada dalam kalangan masyarakat tempatan.
Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health Universiti Sunway, Tan Sri Jemilah Mahmood berkata, Kerajaan perlu mengiktiraf usaha-usaha ini, selain menjalinkan lebih banyak jaringan dan beri lebih banyak kepercayaan untuk menerajui inisiatif berkaitan kemampanan.
“Banyak solusi yang kita perlukan ada di peringkat tempatan. Kalau kita lihat di Malaysia, ramai Orang Asli ada solusi-solusi yang sangat baik.
“Kita tidak perlukan dana yang banyak, tetapi kita perlu beri penghormatan kepada masyarakat tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka boleh menjadi solusi yang baik.
“Saya hendak tekankan kita perlu jalinkan lebih banyak rangkaian dan beri kepercayaan kepada NGO. Ini sangat penting dan saya rasa kian meningkat di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Solusi kemampanan ada pada masyarakat tempatan - Penganalisis
Antara contoh solusi komuniti setempat yang diketengahkan Jemilah ialah sistem memancing ikan yang dikenali sebagai ‘tagal’ dan turbin jana kuasa hidro menggunakan sisa kitar semula.
“Contohnya, ‘tagal’ iaitu sistem memancing ikan. Mereka hormat sungai dan ikan. Maka, mereka akan memancing di satu kawasan sungai, kemudian akan memancing di kawasan lain pada tahun berikutnya.
“Ini menjadikan sungai tersebut bersih, dijaga bersama dan ikannya banyak. Ini menjadi sebahagian budaya dan peraturan setempat. Orang lain yang masuk ke kawasan tersebut perlu hormat,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#WEF
#SDG
#masyarakat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan