[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
GADGETS

Sony AFEELA 1 jadi EV pertama sokong PlayStation Remote Play

Amanz 22/12/2025 | 11:00 MYT
Sony AFEELA 1 membolehkan pemilik main permainan PlayStation 5 dan PlayStation 4 di dalam kenderaan mereka. -Foto Amanz
MELETAKKAN konsol permainan dalam kereta bukan idea baharu — babak seorang pemandu bermain Gran Turismo sebelum berentap dengan Dominic Toretto pernah dipaparkan dalam filem "The Fast and The Furious".


Ringkasan AI
  • Sony memperkenalkan kenderaan pertama di dunia dengan sokongan PlayStation Remote Play terbina, Sony AFEELA 1, yang membolehkan pemilik memainkan permainan PlayStation 5 dan PlayStation 4 di dalam kenderaan mereka.
  • Pengguna Sony AFEELA 1 perlu mempunyai kelajuan sambungan internet minimum 5 Mbps, dengan 15 Mbps disyorkan untuk pengalaman terbaik dalam memindahkan permainan dari konsol ke sistem hiburan kenderaan.
  • Kenderaan Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model, AFEELA 1 Origin dengan harga AS$89,900 (RM366,000) dan AFEELA 1 Signature pada AS$102,900 (RM419,000), dengan jangkaan penghantaran model Signature pertengahan 2026 dan model Origin bermula 2027.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Namun, ia memerlukan konsol dipasang terus dalam kenderaan.

Sony kini mengesahkan EV pertama mereka, Sony AFEELA 1, ialah kenderaan pertama di dunia yang mempunyai sokongan PlayStation Remote Play secara terbina.

Pemilik Sony AFEELA 1 yang dilancarkan awal tahun ini boleh menstrim permainan daripada konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 di rumah terus ke sistem infohibur kenderaan.

Sony berkata kelajuan sambungan minimum internet 5 Mbps diperlukan, dengan 15 Mbps disyorkan untuk pengalaman terbaik.

Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model iaitu AFEELA 1 Origin pada harga AS$89,900 (~RM366,000) dan AFEELA 1 Signature pada AS$102,900 (~RM419,000).

Model Signature dijangka tiba ke tangan pembeli pertengahan 2026, manakala Origin bermula 2027. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang membuat Sony AFEELA 1 berbeza daripada kenderaan lain?
    A: Sony AFEELA 1 adalah kenderaan pertama di dunia yang mempunyai sokongan PlayStation Remote Play secara terbina, membolehkan pemilik memainkan permainan dari konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 di dalam kenderaan.
  • Q: Berapakah kelajuan sambungan internet minimum yang diperlukan untuk menggunakan PlayStation Remote Play dalam Sony AFEELA 1?
    A: Kelajuan sambungan internet minimum yang diperlukan adalah 5 Mbps, dengan 15 Mbps disyorkan untuk pengalaman terbaik.
  • Q: Mengapakah Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model berbeza?
    A: Sony AFEELA 1 ditawarkan dalam dua model, iaitu AFEELA 1 Origin dan AFEELA 1 Signature, dengan harga masing-masing AS$89,900 (RM366,000) dan AS$102,900 (RM419,000). Model Signature dijangka tiba pertengahan 2026, manakala Origin bermula 2027.



#Sony #PlayStation Remote Play #AFEELA 1 #sistem hiburan kenderaan