GADGETS

Sony beli pegangan sebanyak 2.5% dalam Bandai Namco

Amanz 25/07/2025 | 06:15 MYT
Sony mengumumkan kerjasama strategik dengan Bandai Namco dan memperoleh pegangan sebanyak 2.5% dalam syarikat tersebut. -Amanz
SONY pada Khamis membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Bandai Namco, sekali gus akan turut mendapatkan pegangan sebanyak 2.5% pada Bandai Namco.


Ringkasan AI
  • Sony mengumumkan kerjasama strategik dengan Bandai Namco dan memperoleh pegangan sebanyak 2.5% dalam syarikat tersebut.
  • Kerjasama ini bertujuan memperluaskan pembangunan IP ke dalam bentuk kandungan seperti manga dan anime, selain permainan dan muzik.
  • Langkah ini selari dengan strategi Sony yang sebelum ini turut melabur dalam Kadokawa, pemilik Gempakstarz di Malaysia.


Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam terus memperkembangkan IP ke bentuk kandungan seperti manga, anime, dan sebagainya.

Sebelum ini sendiri, kedua-dua pihak sedia bekerjasama dalam menghasilkan kandungan berbentuk permainan, anime, dan muzik.

Pembelian pegangan oleh Sony ini turut memperlihatkan Sony terus memberikan perhatian utama pada bahagian IP.

Sebelum ini, Sony turut mendapatkan pegangan 10% pada Kadokawa, yang turut memiliki Gempakstarz di Malaysia. -Amanz






#Sony #kerjasama strategik #Bandai Namco #manga dan anime