[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
GADGETS

Sony Digital Entertainment membangunkan interaksi 4K pertama di dunia

Bernama 14/03/2016 | 09:16 MYT
Sony Digital akan menyediakan dua pengalaman promosi baharu di Pameran Perdagangan SXSW2016 di Austin, Texas. -Gambar: sonydes.jp
Sony Digital Entertainment Services Inc., sebuah syarikat yang mereka bentuk sosial yang menyediakan jenis pengalaman komunikasi baharu melalui telefon pintar, akan buat pertama kalinya menghadiri Pameran Perdagangan SXSW2016 dari 13 hingga 16 Mac di Austin, Texas, Amerika Syarikat.
Sony Digital akan menyediakan dua pengalaman promosi baharu.
Magictron
Magictron adalah sebuah tanda interaktif di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada jenama itu dan pada masa yang sama menikmati pengalaman berinteraktif.
Dengan teknologi pengecaman imej, pantulan pengguna itu dalam monitor yang besar menghasilkan pelbagai kesan yang kreatif.
"Magictron" mencipta foto komersil bagi pengguna, yang boleh dikongsi melalui SNS. Satu versi mudah alih "magictron" juga disediakan di laman sesawang SXSW2016 mereka.
Ciri-ciri Magictron
NINJAINK
NINJAINK adalah satu teknologi dakwat baharu yang memberikan mesej jenama itu kepada pengguna dengan grafik yang tersembunyi kelihatan daripada kilauan sebuah telefon pintar.
Tanpa sebarang aplikasi, teknologi dakwat ini memberi kejutan dan menarik pengguna dalam satu cara di mana AR atau pemetaan unjuran tidak boleh capai.
NINJAINK merangsangkan pengguna supaya berkongsi pengalaman mereka melalui SNS.
#Magictron #NINJAINK #Sony #Sony Digital Entertainment Services Inc