awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sony mungkin hadir dengan PlayStation 5 'Pro' tahun ini

Amanz
Amanz
20/02/2024
05:08 MYT
Sony mungkin hadir dengan PlayStation 5 'Pro' tahun ini
Konsol PlayStation 5 “Pro” dijangka akan menjadi penarik baharu dalam terus meningkatkan jualan konsol Sony. -Gambar fail/Amanz
SONY baru sahaja memulakan jualan PlayStation 5 “Slim” untuk pasaran Malaysia.
Kini hadir laporan penganalisis melalui CNBC yang menyasarkan Sony bakal memperkenalkan kemas kini PlayStation 5 “Pro” pada tahun ini.
Buat masa ini, perkongsian ini hadir daripada penganalisis dan bukan pihak Sony sendiri.
Dijangka konsol berkuasa tinggi baharu ini akan menarik minat orang ramai dalam mendapatkannya selepas Sony menghadapi cabaran mencapai sasaran jualan konsol sebelum ini.
Sebelum ini, Sony telah memperkenalkan variasi “Pro” untuk PlayStation 4, sekitar selepas tiga tahun konsol PlayStation 4 diperkenalkan.
Untuk PlayStation 5 pula, ia telah diperkenalkan pada 2020 lepas, dan pihak Sony turut hadir dengan kemas kini kecil untuk konsol berkenaan pada tahun lepas.
Konsol PlayStation 5 “Pro” dijangka akan menjadi penarik baharu dalam terus meningkatkan jualan konsol Sony.
Pada masa sama, konsol berkuasa baharu ini dijangka akan menjadi persediaan untuk salah satu permainan akan datang yang dinantikan ramai di seluruh dunia, iaitu Grand Theft Auto 6 sekitar 2025 kelak. -Amanz
Topic Berkaitan
#PlayStation 5 Pro
#Sony
#Grand Theft Auto 6
#penganalisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan