awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sony PlayStation 5 Pro dilancar secara rasmi di Malaysia pada harga RM3849

Amanz
Amanz
07/11/2024
05:20 MYT
Sony PlayStation 5 Pro dilancar secara rasmi di Malaysia pada harga RM3849
Dari segi prestasi, GPU PS5 Pro lebih tinggi berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800. -Amanz
SONY PlayStation 5 Pro kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan penaiktarafan diberikan pada cip pemproses, memori dan storan berbanding PlayStation 5 biasa.

Ringkasan AI
  • Sony telah melancarkan PlayStation 5 Pro secara rasmi di Malaysia pada 7 November dengan harga RM3849. Konsol ini menawarkan peningkatan pada cip pemproses, memori, dan storan berbanding model PS5 biasa.
  • PS5 Pro dilengkapi dengan cip AMD Ryzen Zen 2 dengan 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan, serta GPU berasaskan AMD RDNA dengan kuasa 16.7 Teraflop. Ia juga mempunyai 16GB GDDR6 RAM dan 2GB DDR5 RAM tambahan untuk operasi konsol, serta storan SSD sebesar 2TB.
  • Terdapat 55 permainan video yang disahkan akan menyokong mod grafik yang dipertingkatkan pada PS5 Pro. Sokongan ini diperlukan kerana permainan sedia ada tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa tambahan konsol baharu ini tanpa kemas kini.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, PS5 Pro dilengkapi dengan cip AMD Ryzen Zen 2 yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan, serta GPU berasaskan AMD RDNA dengan kuasa 16.7 Teraflop.
Ini adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop pada model PS5 asal.
Dari segi prestasi, GPU PS5 Pro lebih tinggi berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800.
Ini dipadankan pula dengan memori 16GB GDDR6 RAM dan juga memori tambahan 2GB DDR5 RAM yang hanya digunakan untuk operasi konsol yang tidak berkaitan dengan permainan video.
Storan pula adalah sebesar 2TB dari jenis SSD.
Konsol ini dilancarkan 7 November pada harga RM3849 dengan 55 permainan video di bawah disahkan akan menyokong mod grafik yang pertingkatkan PS5 Pro.
Sokongan diperlukan kerana secara lalai tanpa kemas kini sokongan untuk PS5 Pro, permainan sedia ada tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa tambahan konsol baharu ini.
Alan Wake 2 Albatroz Apex Legends Arma Reforger Assassin’s Creed Mirage Baldur’s Gate 3 Call of Duty: Black Ops 6 Dead Island 2 Demon’s Souls Diablo IV Dragon Age: The Veilguard Dragon’s Dogma 2 Dying Light 2 Reloaded Edition EA Sports College Football 25 EA Sports FC 25 Enlisted F1 24 Final Fantasy VII Rebirth Fortnite God of War Ragnarök Hogwarts Legacy Horizon Forbidden West Horizon Zero Dawn Remastered Kayak VR: Mirage Lies of P Madden NFL 25 Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Marvel’s Spider-Man 2 Marvel’s Spider-Man Remastered Naraka: Bladepoint NBA2K 25 No Man’s Sky Paladin’s Passage Palworld Planet Coaster 2 Professional Spirits Baseball 2024-2025 Ratchet & Clank: Rift Apart Resident Evil 4 Resident Evil Village Rise of the Ronin Rogue Flight Star Wars: Jedi Survivor Star Wars: Outlaws Stellar Blade Test Drive Unlimited: Solar Crown The Callisto Protocol The Crew Motorfest The Finals The First Descendant The Last of Us Part I The Last of Us Part II Remastered Until Dawn Warframe War Thunder World of Warships: Legends
-Amanz
Topic Berkaitan
#Sony
#PlayStation 5 Pro
#PS5 Pro
#cip AMD Ryzen Zen 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan