GADGETS
Sony, TCL meterai usaha sama hasilkan produk AV mulai 2027
Syarikat baharu ini akan dimiliki 51% oleh TCL dan 49% oleh Sony, dengan produk yang dikeluarkan masih menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia. -Foto Amanz
SONY dan TCL menandatangani memorandum persetujuan bagi membentuk sebuah syarikat usaha sama baharu untuk mengeluarkan produk hiburan rumah, termasuk televisyen dan peralatan audio.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Syarikat baharu itu akan dimiliki 51% oleh TCL manakala baki 49% oleh Sony.
Walaupun dikendalikan entiti baharu, produk yang dikeluarkan akan terus menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia.
Nama rasmi syarikat berkenaan masih belum diumumkan, dengan kedua‑dua pihak kini dalam fasa perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian pengikatan menjelang akhir Mac 2026.
Tertakluk kepada pematuhan syarat perjanjian muktamad dan kelulusan kawal selia, operasi usaha sama itu dijangka bermula pada April 2027.
Menurut kenyataan bersama, syarikat baharu tersebut akan menggabungkan kekuatan kedua-dua pihak: teknologi gambar dan audio berkualiti tinggi Sony bersama kemampuan TCL dalam teknologi paparan, skala pengeluaran global, kecekapan kos serta rangkaian rantaian bekalan yang kukuh.
Perkembangan ini turut menandakan berakhirnya era Sony menghasilkan sendiri kelengkapan audio‑visual sejak pengenalan radio pertama syarikat itu, TR‑55, pada 1955.
Tahun lalu, Sony juga menghentikan pengeluaran telefon pintar sendiri, dengan siri Xperia kini dibuat sepenuhnya oleh OEM.
Barisan awal Xperia 1 VIII yang dikeluarkan oleh pihak OEM dilaporkan menghadapi beberapa isu sewaktu diterima pembeli awal.
Usaha sama Sony–TCL ini dijangka menjadi antara perubahan terbesar dalam landskap perniagaan Sony, khususnya dalam segmen televisyen dan hiburan rumah, yang selama beberapa dekad menjadi teras identiti produk pengguna syarikat Jepun itu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sony dan TCL menandatangani memorandum persetujuan untuk membentuk syarikat usaha sama baru bagi mengeluarkan produk hiburan rumah.
- Syarikat baharu ini akan dimiliki 51% oleh TCL dan 49% oleh Sony, dengan produk yang dikeluarkan masih menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia.
- Kedua-dua pihak dalam proses perbincangan untuk menyiapkan perjanjian pengikatan menjelang akhir Mac 2026, dan operasi usaha sama dijangka bermula pada April 2027.
Syarikat baharu itu akan dimiliki 51% oleh TCL manakala baki 49% oleh Sony.
Walaupun dikendalikan entiti baharu, produk yang dikeluarkan akan terus menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia.
Nama rasmi syarikat berkenaan masih belum diumumkan, dengan kedua‑dua pihak kini dalam fasa perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian pengikatan menjelang akhir Mac 2026.
Tertakluk kepada pematuhan syarat perjanjian muktamad dan kelulusan kawal selia, operasi usaha sama itu dijangka bermula pada April 2027.
Menurut kenyataan bersama, syarikat baharu tersebut akan menggabungkan kekuatan kedua-dua pihak: teknologi gambar dan audio berkualiti tinggi Sony bersama kemampuan TCL dalam teknologi paparan, skala pengeluaran global, kecekapan kos serta rangkaian rantaian bekalan yang kukuh.
Perkembangan ini turut menandakan berakhirnya era Sony menghasilkan sendiri kelengkapan audio‑visual sejak pengenalan radio pertama syarikat itu, TR‑55, pada 1955.
Tahun lalu, Sony juga menghentikan pengeluaran telefon pintar sendiri, dengan siri Xperia kini dibuat sepenuhnya oleh OEM.
Barisan awal Xperia 1 VIII yang dikeluarkan oleh pihak OEM dilaporkan menghadapi beberapa isu sewaktu diterima pembeli awal.
Usaha sama Sony–TCL ini dijangka menjadi antara perubahan terbesar dalam landskap perniagaan Sony, khususnya dalam segmen televisyen dan hiburan rumah, yang selama beberapa dekad menjadi teras identiti produk pengguna syarikat Jepun itu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan memorandum persetujuan antara Sony dan TCL yang baru ditandatangani?
A: Untuk membentuk sebuah syarikat usaha sama baharu bagi mengeluarkan produk hiburan rumah seperti televisyen dan peralatan audio. - Q: Bagaimanakah pembahagian pemilikan syarikat usaha sama baharu antara TCL dan Sony?
A: TCL akan memiliki 51% manakala Sony akan memiliki baki 49%. - Q: Apa yang menarik mengenai produk yang akan dikeluarkan oleh syarikat usaha sama baru ini?
A: Produk yang dikeluarkan akan terus menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia. - Q: Bila operasi usaha sama antara Sony dan TCL dijangka akan bermula?
A: Operasi usaha sama dijangka bermula pada April 2027, tertakluk kepada pematuhan syarat perjanjian muktamad dan kelulusan kawal selia. - Q: Apakah kekuatan yang diharapkan dapat digabungkan dalam syarikat usaha sama antara Sony dan TCL?
A: Kedua-dua pihak akan menggabungkan teknologi gambar dan audio berkualiti tinggi Sony bersama kemampuan TCL dalam teknologi paparan, skala pengeluaran global, kecekapan kos, dan rangkaian rantaian bekalan yang kukuh.