IMPIAN beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle.
Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21.
Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperkemaskan corak permainan, apabila bangkit mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19 pada set kedua, seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Walaupun Soon Huat-Shevon terus menampilkan aksi bertenaga, ia belum cukup untuk mengekang penguasaan pasangan bukan pilihan dari China itu, apabila mereka memuktamadkan kejayaan dengan 21-17.
Ini merupakan pertama kalinya Soon Huat-Shevon bertemu pemenang Masters China 2023 itu.
Terbuka Switzerland ialah kejohanan acara Jelajah Dunia Super 300 BWF, yang menawarkan hadiah bernilai AS$16,590 (kira-kira RM70,000) bagi pemenang acara beregu dan AS$7,980 (kira-kira RM30,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023
![Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679796850_Badminton.jpg)
Gandingan negara itu telah berhempas-pulas namun terpaksa tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini. - Facebook BAM
![Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718535188_tbminatbolasepak.jpg)
Bapa pupuk minat bola sepak dalam diri anak sejak usia masih hijau
Lumrah seorang bapa pastinya mahukan terbaik buat anak mereka seawal usia muda dalam apa jua bidang diceburi.
![Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689475529_TBBBandarSeriBegaw.jpg)
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
![Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701866735_TBVisa.jpg)
Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama
Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui KLIA.
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
188 rakyat Malaysia jadi mangsa di beberapa negara
Daripada jumlah yang dikenalpasti, sekurang-kurang 109 warga Malaysia terjebak aktiviti 'jobscam' di Myanmar.
Ribuan umat Islam tunaikan solat Aidiladha di Al-Aqsa
Pagi Ahad, ribuan umat Islam berkumpul di masjid tersebut bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Lelaki, wanita bahkan kanak-kanak, sebaik sahaja matahari mula terbit, ramai yang sudah ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.
544 kes libat rampasan RM5.18 juta di Sabah tahun ini
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
![Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716363784_TBberegucampuran.jpg)
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
![Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706970665_beregucampuranChe.jpg)
Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
![Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694238436_mengpeijing.jpg)
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.
![Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682869428_TBBAC.jpg)
Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir
Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.
![Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679796850_Badminton.jpg)
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
![Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673533326_TBBADMINTONNOVA.jpg)
Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.
![Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672608737_HooPangRon.jpg)
Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing
Pang Ron selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu.
![Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649805275_ChanPengSoonTohE.jpg)
Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.
![Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642344856_AksiTanJie.jpg)
Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India
Ia selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.
![Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627128984_TBOlimpikTokyo.jpg)
Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.