awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP baharu dirangka untuk kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Sarawak

Bernama
Bernama
06/09/2021
11:45 MYT
SOP baharu dirangka untuk kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Sarawak
Yonny berkata SOP baharu bagi mengurus kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Sarawak dalam norma baharu itu perlu dilaksanakan kerana kesan penularan COVID-19 terlalu besar. - Gambar fail
SIBU: Indonesia dan kerajaan Sarawak sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kemasukan tenaga kerja negara jiran itu ke negeri ini bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, perkilangan dan perladangan.
Konsul Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Sarawak Yonny Tri Prayitno berkata SOP baharu bagi mengurus kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Sarawak dalam norma baharu itu perlu dilaksanakan kerana kesan penularan COVID-19 terlalu besar.
"SOP ini sedang dibahas (dibincang) antara pemerintah Indonesia dengan Sarawak, kalau sudah ketemu (diputuskan) semuanya baru kita mulai (laksanakan)," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit di sini hari ini.
Yonny berkata sebelum pandemik COVID-19 merebak, terdapat seramai kira-kira 140,000 tenaga kerja Indonesia berdaftar dengan KJRI yang bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak dan daripada jumlah itu, seramai 47,000 orang telah pulang ke Indonesia tahun lepas diikuti 28,000 orang tahun ini.
"Kami faham perusahaan juga berkurangan kemampuan selepas sekitar 40 ke 50 peratus daripada tenaga kerja Indonesia pulang dan ini sudah tentu menimbulkan kesulitan kepada operasi syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan di Sarawak," katanya.
Yonny berkata berdasarkan makluman yang diperolehnya hasil pertemuan dengan majikan-majikan yang menggaji pekerja warga Indonesia di Sarawak, kira-kira 90 peratus daripada tenaga kerja negara itu di Sarawak sudah divaksinasi.
Pekerja-pekerja ini menurutnya terlibat dalam sektor-sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan di negeri ini.
"Jumlah ini bagaimanapun tidak termasuk warga Indonesia yang bekerja di kedai-kedai kecil kerana tidak ada maklumat diberikan oleh pihak majikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tenaga Kerja Indonesia
#Sarawak
#SOP
#Yonny Tri Prayitno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan