GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah termasuk terawih, di masjid dan surau dalam tempoh terdekat.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata pihaknya akan mengeluarkan SOP yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah di masjid dan surau dalam tempoh terdekat, selaras dengan Fasa Peralihan Endemik menjelang 1 April depan.
"Ia (SOP baharu) sedang didrafkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama agensi berkaitan, dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail dilaporkan berkata solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.
Mohd Ajib dilaporkan berkata kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Perdana Menteri dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah termasuk terawih, di masjid dan surau dalam tempoh terdekat. - Gambar hiasan

Tiada lagi pekerja asing di gerai MBDK bermula 1 Jun
Hanya warganegara Malaysia dibenarkan bekerja sebagai pembantu gerai, dan semua pembantu wajib didaftarkan dengan MBDK.

Isu Kampung Baru: 'Banyak NGO tak faham' - Johari
Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak memahami isu sebenar membabitkan Kampung Sungai Baru di Kampung Baru, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bakal ibu mentua larikan diri bersama tunang anak, dakwa jatuh cinta
Seorang wanita dari Aligarh, Uttar Pradesh ditahan polis selepas dilaporkan melarikan diri bersama tunang anak perempuannya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
AS kurangkan tentera di Syria ke bawah 1,000
Amerika Syarikat akan kurangkan jumlah tenteranya di Syria kepada kurang 1,000 anggota dalam beberapa bulan, namun kekal komited menentang ISIS dan ancaman pengganas lain.
AS sedia iktiraf Crimea milik Rusia - laporan
AS dikatakan bersedia mengiktiraf kawalan Rusia ke atas Crimea sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan Ukraine, menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber dalaman.

'Drama YB cekik pramugari masuk episod baharu'
Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sumatera Utara, Megawati Zebua, yang didakwa mencetuskan kekecohan kerana mencekik seorang pramugari syarikat penerbangan Wings Air.

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews

SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.