Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jawatankuasa Bencana Negara bakal melaksanakan beberapa langkah lebih berkesan termasuk mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu bagi menangani bencana banjir.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa itu Jumaat ini yang akan dipengerusikannya dan disertai wakil kerajaan negeri dan beberapa agensi berkaitan.
"Menerusi mesyuarat ini nanti kita akan koordinasikan secara lebih berkesan termasuk mengambil kira penggunaan sistem amaran awal banjir. Walaupun kadang-kadang susah untuk kita ramal tapi mungkin ada satu cara menggunakan teknologi terkini untuk meramalkan seminggu akan datang jumlah hujan yang akan turun di sesuatu kawasan.
"Kalau di Barat menggunakan teknologi untuk meramalkan bila salji akan turun, jadi kenapa tidak kita gunakan teknologi secanggih itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekokah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Permatang Badak, di sini Selasa.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.
Muhyiddin berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan melihat langkah-langkah penambahbaikan lain termasuk meningkatkan kemudahan di pusat pemindahan banjir dan pusat penempatan stok bekalan makanan.
"Ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan dengan mengambil kira pengalaman banjir di beberapa negeri baru-baru ini antaranya pusat penempatan, stok bekalan bahan serta keadaan logistik, waktu bila tidak boleh gunakan jalan raya perlu gunakan laluan udara dan juga laut.
"Selain itu di kawasan penempatan pemindahan perlu ada kemudahan lebih contohnya tempat memasak, menambah tandas serta peralatan disediakan lebih awal.
"Walaupun sekian lama dulu kita sudah lakukan semua ini tapi dengan trend cuaca yang sukar diramal bermakna kita harus lihat pada satu SOP baharu yang lebih kemas dan terancang untuk menjangkau keadaan luar biasa dan perkara ini akan diperhalusi serta diputuskan nanti pada mesyuarat berkenaan," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sesi baharu persekolahan 2014 yang bermula Khamis ini bagi sekolah di Sarawak boleh ditangguhkan buat sementara waktu sekiranya keadaan banjir di negeri itu bertambah buruk.
"Arahan sudah dikeluarkan kepada pengarah pendidikan negeri, kalau boleh tangguh persekolahan sehingga keadaan selamat dan kelewatan dalam proses pembelajaran itu boleh diatasi dengan adakan kelas tambahan pada masa-masa lain," katanya.
Mengenai banjir di Pahang baru-baru ini, Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 41 sekolah di negeri itu terjejas akibat banjir mangakibatkan kerugian kira-kira RM7.3 juta.
"Kerugian dialami membabitkan pelbagai kerosakan antaranya kerusi, meja dan peralatan mengajar termasuk 31,000 set buku teks. Peralatan yang rosak ini ada yang sudah dan sedang digantikan bagi memastikan pelajar dapat menempuh sesi persekolahan baharu bermula Khamis ini," katanya.
Mengulas mengenai laporan akhbar berhubung kenaikan tambang bas sekokah, Muhyiddin berkata pengusaha bas sekolah tidak boleh menaikkan tambang secara sewenang-wenangnya.
"Saya harap persatuan pemilik bas sekolah peka dengan keadaan waktu kini, mereka perlu berpandukan kepada kawalan yang ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)," katanya.
Bernama
Tue Dec 31 2013
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.