KUALA LUMPUR:Prosedur operasi standard (SOP) yang akan menjadi panduan penuntut luar negara tahun hadapan akan dibentangkan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif, Education Malaysia Global Services (EMGS), Mohd Radzlan Jalaludin berkata, SOP itu bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan ekonomi pendidikan pengajian tinggi dapat dipertingkat pada masa sama tidak melepas pandang krisis kesihatan global.
"Apabila Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Kanan Pertahanan) mengumumkan pelajar-pelajar antarabangsa akan masuk pada 1 Januari, ia termasuk semua pelajar yang baru atau sedia ada dari semua negara kecuali United Kingdom.
"Untuk pelajar baharu, kita jangkakan paling awal (kemasukan mereka) adalah pada minggu ketiga Januari 2021, mengambil kira SOP yang sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Menurutnya, EMGS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan semua SOP yang telah digariskan seiring usaha merealisasikan sasaran 250,000 pelajar antarabangsa pada tahun 2025.
Jelasnya, kemasukan penuntut luar negara bakal membantu sedikit sebanyak proses pemulihan ekonomi berikutan impak COVID-19.
"Seorang pelajar antarabangsa akan berbelanja untuk sara hidup lebih kurang RM30,000 setahun. Ia tidak masuk yuran pengajian.
"Jadi mereka akan berbelanja untuk penginapan, kemudahan, pengangkutan, makanan dan yang ada duit lebih mungkin untuk pelancongan.
"Situasi ini dilihat sebagai satu aspek yang mampu menyumbang ke arah merancakkan ekonomi setempat disamping kehadiran pelajar antarabangsa di kampus juga akan mewujudkan satu persekitaran antarabangsa kepada komuniti dalam dan luar kampus," ujarnya.
Melihat kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa, Mohd Radzlan berkata pelbagai usaha boleh dipergiatkan lagi dalam menaik taraf kualiti pendidikan tinggi negara setanding negara contoh lain.
"Kita tahu pada masa ini, Malaysia dikenali sebagai negara destinasi pelancongan, tetapi pendidikan belum lagi berada di satu tahap yang dikenali oleh masyarakat dunia sebagai pusat pengajian tinggi.
"Jadi kita harus kekalkan kedudukan sedia ada, meningkatkan lagi usaha dan membantu univerisiti lain untuk mereka juga sama-sama mempertingkatkan kualiti mereka sekaligus dikenali serata dunia," katanya.
Menurut Statistik Pendidikan Tinggi 2018, Malaysia berjaya menarik 170,000 pelajar antarabangsa yang kebanyakan mereka dari negara Asia, Asia Barat dan negara Afrika.
Pada 2018, 40,000 pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian di universiti awam dan ramai mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 31 2020
Mohd Radzlan mengakui, kemasukan penuntut luar negara bakal membantu sedikit sebanyak proses pemulihan ekonomi berikutan impak COVID-19. - Foto Facebook / EMGS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
SOP penuntut antarabangsa diumum dalam masa terdekat - EMGS
Kemasukan penuntut luar negara bakal membantu sedikit sebanyak proses pemulihan ekonomi berikutan impak COVID-19.
Jumlah rakyat Malaysia daftar dengan Kedutaan di AS masih rendah
Duta itu menekankan pentingnya komunikasi melalui e-mel bagi membolehkan rakyat Malaysia memperoleh maklumat yang tepat dan memudahkan kedutaan menghubungi mereka.
Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar di Eropah.
Riau diisytihar darurat jerebu, IPU melebihi 500
Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.
Gunung Agung: 139 pelajar Malaysia di Bali, 16 lagi pulang
Kementerian berkenaan, dalam kenyataan malam ini, berkata kesemua pelajar itu mengikuti program perubatan di Universitas Udayana dan telah berdaftar dengan Education Malaysia (EM) Indonesia.
Rujuk JPA sebelum mohon universiti di UK
Pelajar yang bercadang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan Ireland dinasihatkan supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan.