MALAYSIA
Sorok 23 ekor anjing baka 'baik' dalam lori transit buah-buahan
23 ekor anjing dari pelbagai jenis baka yang dianggarkan bernilai RM20,000. - Foto Astro AWANI
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Perak berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 23 ekor anjing dari pelbagai jenis baka.
Anjing-anjing yang dianggarkan bernilai RM20,000 dikesan di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini semalam (Khamis).
Menurut Pengarah MAQIS Perak, Rozita Superman, kesemua anjing itu diletakkan di lapan buah sangkar yang berlainan dan disembunyikan dalam sebuah lori transit yang membawa buah-buahan dari Thailand menuju ke Singapura.
"Jenis baka anjing yang dibawa masuk adalah Pomeranian, Shih Tzu dan French bulldog.
"Anjing dari pelbagai baka itu tidak mempunyai sebarang dokumen seperti Permit Import sah yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan Sijil Kesihatan dari negara asal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, kegagalan untuk mengemukakan Permit Import merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(2) akta yang sama.
Rozita berkata, kemasukan keluaran pertanian termasuk haiwan peliharaan perlu mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan haiwan peliharaan yang masuk ke dalam negara bebas dari sebarang penyakit.

#Imigresen
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#kastam
#keselamatan
#kesihatan
#Malaysia
#maqis
#seludup anjing
#Singapura
#sorok anjing
#Thailand