PASIR MAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 8,500 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong di sini pada Khamis.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, dalam serbuan jam 9.20 pagi itu tiga lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Rampasan ini hasil maklumat dan operasi bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.
"Siasatan awal mendapati minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM21,250 itu dibawa dari Pahang ke pusat penyembelihan ayam proses tersebut," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, kawasan tersebut dijadikan transit sementara sebelum dibawa ke sempadan negara untuk tujuan penyeludupan.
"Selain itu, dua buah lori bernilai RM70,000 yang digunakan untuk kegiatan tersebut turut disita.
"KPDNHEP Kelantan memberi amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dan sentiasa memandang serius isu barangan kawalan bagi mengelak diseleweng hingga mengakibatkan gangguan bekalan kepada pengguna lain.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan tersebut," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Feb 24 2022
KPDNHEP Kelantan rampas 8,500kg minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor pusat penyembelihan ayam proses di Kampung Tendong pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Operasi Kita Gempur: KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
Tindakan peniaga menyorokkan bekalan minyak masak peket bersubsidi adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kita Gempur.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.
Guna ID cetus pelbagai persoalan
Penganalisis ekonomi menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.
Syed Saddiq terjah pasar raya, kedai 'cari' beras, minyak peket
Syed Saddiq bertanya peruncit mengenai minyak masak peket bersubsidi dan menggesa bekalan tersebut diletakkan untuk dibeli pengguna.
Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.
KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.
Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.
KPDN Negeri Sembilan rampas 5,015kg minyak peket
Empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan untuk membantu siasatan.