Sorok peluru hidup dalam anak patung, dua warga asing ditahan

Helmi berkata, selain peluru yang disorokkan di dalam sebuah anak patung, polis turut menjumpai beberapa jenis dadah yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan. -Foto fail/Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas 21 butir peluru hidup yang disorokkan di dalam anak patung dalam satu serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai pada awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas 21 butir peluru hidup yang disorokkan di dalam anak patung semasa serbuan di bengkel kontena di Perai.
- Serbuan itu dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, dan mengakibatkan penahanan dua suspek berusia 39 dan 53 tahun.
- Selain peluru, polis turut menjumpai dadah seperti methamphetamine, ganja, dan pil eramin, serta merampas kenderaan dan peralatan dadah untuk siasatan lanjut.
“Pemeriksaan lanjut ke atas salah seorang suspek telah menemukan sepucuk senjata api jenis Revolver 0.38 yang disembunyikan di pinggang seluar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, selain peluru yang disorokkan di dalam sebuah anak patung, polis turut menjumpai beberapa jenis dadah yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan.
“Dadah yang dirampas melibatkan methamphetamine seberat 931.43 gram, ganja seberat 126 gram serta 10 biji pil eramin 5 seberat 3 gram.
"Selain itu, sebuah kenderaan jenis Nissan Almera dan peralatan menghisap dadah turut dirampas bagi membantu siasatan," ujarnya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan direman selama tujuh hari sehingga 27 Disember untuk siasatan lanjut," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah barang yang dirampas oleh polis semasa serbuan di bengkel kontena di Perai? A: Polis merampas 21 butir peluru hidup yang disorokkan di dalam anak patung dan dadah seperti methamphetamine, ganja, dan pil eramin.
- Q: Berapakah berat dadah yang dirampas oleh polis semasa serbuan tersebut? A: Dadah yang dirampas melibatkan methamphetamine seberat 931.43 gram, ganja seberat 126 gram, dan 10 biji pil eramin 5 seberat 3 gram.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap dua suspek yang ditahan oleh polis? A: Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan direman selama tujuh hari sehingga 27 Disember untuk siasatan lanjut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

