Bersandarkan sinergi pihak kerajaan dan swasta, satu model perkhidmatan sosial baharu yang dikenali sebagai Perkongsian Awam-Swasta Sosial (Sosial PPP) dilancarkan hari ini.
Sosial PPP juga diwujudkan bagi menggalakkan pembangunan projek sosial demi kepentingan masyarakat di masa hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkannya hari ini menyifatkan kerjasama Sosial PPP itu sebagai satu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.
Menurut Najib, Sosial PPP merupakan sebahagian inisiatif di bawah strategi lautan biru kebangsaan (NBOS).
"Menerusi model ini, pihak kerajaan dan swasta menyelaraskan sumber-sumber dari segi dana dan sumbangan yang ada dan memanfaatkan kreativiti, semangat, kemahiran dan pengalaman organisasi sosial (SPO) dalam usaha menangani isu-isu sosial,” kata Najib semasa pelancaran Sosial PPP di Perdana Putra petang tadi.
Buat permulaan kata Najib, kerajaan mewujudkan satu dana bersama berjumlah satu juta ringgit bagi membiayai pelbagai projek pendidikan dan pembangunan kapasiti untuk golongan belia.
Seiring dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), SPPP juga mempunyai strategi untuk meningkatkan tahap inovasi masyarakat menerusi 'whole-society approach'.
"Kerjasama awam-swasta sosial boleh disifatkan sebagai model perkhidmatan sosial yang menggunakan kelebihan pihak kerajaan dan sektor swasta dan organisasi sosial untuk menangani cabaran, jurang dan isu-isu sosial," kata Najib.
SPPP melibatkan kerjasama kerajaan dan tujuh organisasi terkemuka antaranya Credit Suisse, Hap Seng Group, Hong Leong Foundation, Westports Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Siti Sapura Husin, YTL Foundation dan Digi Telecommunications Sdn Bhd.
Selain Najib, turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar.
Sathesh Raj
Thu Jul 02 2015
Buat permulaan kata Najib, kerajaan mewujudkan satu dana bersama berjumlah satu juta ringgit bagi membiayai pelbagai projek pendidikan dan pembangunan kapasiti untuk golongan belia. - Foto Astro AWANI/Sathesh Raj
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Krisis perbankan: Credit Suisse mohon pinjaman AS$53 bilion
Bank Switzerland itu berkata, pinjaman tersebut akan dibuat di bawah fasiliti pinjaman yang dilindungi dan fasiliti likuiditi jangka pendek.
Sosial PPP: Sinergi awam, swasta tingkatkan inovasi masyarakat - Najib
Satu model sosial baru dilancar bagi membolehkan kerajaan dan swasta membangunkan projek sosial bersama.