awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam

Khalis Khadir
Khalis Khadir
17/02/2025
15:49 MYT
SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Suhakam berpendapat, kebanyakan pelaku kes SOSMA bukanlah pengganas, tetapi mereka ditahan kerana soal takrifan ancaman kepada negara yang terlalu luas. - Gambar fail/Suhakam
KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Ragunath Kesavan berpendapat, kebanyakan pelaku kes SOSMA bukanlah pengganas, tetapi mereka ditahan kerana soal takrifan ancaman kepada negara yang terlalu luas.
“Misalnya kebanyakan kes ini mereka hanya terlibat dalam rusuhan, gangsterisme dan terbaru ini Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) yang dituduh di bawah SOSMA. Apa yang perlu sekarang adalah satu sistem lebih mantap.
“Kalau ada perbicaraan, wajib dibawa ke muka pengadilan dalam kurang setahun misalnya, peraturan itu mesti ada. Jika seseorang itu bukan ada unsur keganasan, maka ikat jamin perlu diberikan kepada seseorang itu. Sekarang perkara asas itu tidak ditekankan,” katanya semasa program Agenda AWANI pada Isnin.
Beliau menjelaskan, isu tempoh reman juga perlu diteliti apabila peruntukan membenarkan pelaku kes SOSMA direman selama 28 hari tanpa perbicaraan.
“Ini sudah tentu menjejaskan institusi keluarga terutama jika pelaku merupakan ketua keluarga sedangkan individu itu mungkin sekadar merusuh yang tidak terkait dengan ancaman keselamatan negara,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz menyeru kerajaan hari ini menunjukkan keberanian untuk meminda akta SOSMA seperti dilaungkan sebelum ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penambahbaikan Akta Sosma dan rancangan kerajaan berhubung undang-undang itu akan diperjelaskan pada persidangan Dewan Rakyat minggu ini.
Topic Berkaitan
#SOSMA
#Saifuddin Nasution
#Bersih
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan