Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park

Rahimah Abdullah
Ogos 7, 2019 10:56 MYT
Syed Saddiq (dari kiri), Saifuddin dan Tun Mahathir menyaksikan akuarium virtual yang dijana oleh teknologi AR di Future Park, Fukuoka, Jepun, pada Rabu. - Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sejam di teamLab Future Park di Canal City, Fukuoka bagi melihat sendiri teknologi Augmented Reality (AR) yang digunakan di taman futuristik itu.
Turut menemani beliau, isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau turut mengambil peluang membuat lakaran dan mewarna lukisan sotong yang kemudian dimasukkan ke dalam akuarium virtual.
Hasil lakaran Tun Dr Mahathir itu akan terus disimpan di taman futuristik berkenaan.
Selain itu, teamLab Future Park turut menyajikan hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak melalui orkestra cahaya, Sketch Town Papercraft yang menggunakan teknologi AR.
Teknologi seumpama itu juga bakal memberi manfaat kepada pelbagai industri yang berkaitan.
#AR #Augmented Reality #fukuoka #future park #Mahathir Mohamad #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #taman futuristik #teknologi