awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPA kenal pasti penipuan soalan peperiksaan

Bernama
Bernama
01/08/2014
01:15 MYT
SPA kenal pasti penipuan soalan peperiksaan
SPA mengesan penipuan melalui e-mel [email protected] yang mendedahkan contoh soalan.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan pada Selasa ini.
Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel [email protected] yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada pukul 10 pagi semalam.
"Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah 'Rahsia' sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mahmood berkata segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my
Topic Berkaitan
#Mahmood Adam
#penipuan
#SPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan