[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

SPAD alu-alukan pelantikan mohd isa sebagai pemangku pengerusinya

Bernama 19/06/2017 | 12:54 MYT
SPAD melahirkan keyakinan bahawa pengalaman luas bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam pelbagai sektor akan memberi manfaat kepada SPAD. - Gambar fail
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku pengerusinya.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPAD melahirkan keyakinan bahawa pengalaman luas bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam pelbagai sektor akan memberi manfaat kepada SPAD dalam usaha untuk mengubah landskap pengangkutan awam darat di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media hari ini mengumumkan pelantikan itu selepas FGV dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia sebelumnya mengumumkan peletakan jawatan Mohd Isa sebagai pengerusi, berkuatkuasa hari ini.
Dalam kenyataan itu, syarikat perladangan tersebut berkata Mohd Isa telah "berhenti sebagai pengarah yang dilantik oleh kerajaan untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab peribadinya."
-- BERNAMA
#Felda #FGV #Isa Samad #SPAD