awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD gantung lesen syarikat bas Genting Highlands

Bernama
Bernama
14/11/2013
11:53 MYT
SPAD gantung lesen syarikat bas Genting Highlands
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata SPAD juga sedang mencari alternatif bagi menggantikan syarikat berkenaan yang menjalankan perkhidmatan bas berhenti-henti di laluan itu.
"Mereka (SPAD) mengadakan pertemuan dengan pengurusan Genting Berhad hari ini dan saya mencadangkan kepada mereka (Genting Berhad) agar mengambil alih sistem pengangkutan di Genting Highlands," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata beliau juga mencadangkan syarikat Genting Berhad mengambil alih syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan ke Genting Highlands kerana laluan itu dikategorikan jalan persendirian.
"Jadi mereka (Genting Berhad) akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan dan pengurusan syarikat bagi membawa penumpang ke pusat peranginan tersebut.
Dalam nahas tersebut, 37 orang maut manakala 16 lagi cedera.
Laporan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati antara punca kemalangan itu ialah bas berkenaan didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km sejam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) siap mengikut tarikh dijadualkan iaitu 2 Mei tahun depan.
"Kita juga akan menyiasat secara telus dan mengenal pasti punca penambahan kos dan sebab kelewatan untuk menyiapkan KLIA2," katanya.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#kemalangan
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan