awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD hanya lulus permit kepada 246 bas

Bernama
Bernama
26/01/2017
15:40 MYT
SPAD hanya lulus permit kepada 246 bas
CHE HASNI: Pengusaha bas ekspres dinasihatkan tidak membawa keluar bas tambahan yang tidak mendapat permit LPS walaupun menerima pertambahan penumpang. - Gambar fail
Pengusaha bas ekspres dinasihatkan agar tidak membawa keluar bas tambahan yang tidak mendapat permit Laluan Perubahan Sementara (LPS) walaupun menerima pertambahan penumpang sempena cuti perayaan sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata ini kerana tempoh permohonan LPS untuk musim perayaan berkenaan telah tamat.
"Setakat ini, hanya 246 daripada 280 bas yang memohon permit LPS telah diluluskan manakala selebihnya tidak layak kerana gagal mematuhi spesifikasi yang ditetapkan SPAD.
"Oleh itu, pengusaha bas ekspres diminta tidak hanya mementingkan keuntungan dengan menawarkan bas tambahan tanpa permit LPS kepada penumpang," katanya pada sidang media Operasi Bersepadu di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, hari ini.
Beliau berkata kebiasaannya bas yang menggunakan permit LPS akan menggunakan bas tambahan seperti bas persiaran dan bas sekolah yang perlu memiliki insurans perlindungan selepas bas-bas ekspres yang didaftarkan tiada lagi.
"Jika pengusaha bas tidak memohon permit LPS, maka bas berkenaan tidak boleh beroperasi dan tidak mempunyai insurans perlindungan dan SPAD bimbang sikap tamak pengusaha akan menawarkan bas tambahan kepada penumpang yang terdesak ingin pulang ke kampung," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata dalam operasi berkenaan pihaknya menahan dua individu lelaki iaitu seorang pemandu kereta dan seorang pemandu bas.
Beliau berkata individu pertama ditahan kerana disyaki menggunakan nombor plat pendaftaran kereta dan cukai kenderaan palsu dan individu kedua pula merupakan pemandu bas warga emas berumur 63 tahun memiliki 29 saman di mana lima daripadanya merupakan saman waran tangkap.
"Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan Op Selamat 10/2017 yang telah masuk hari keenam sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Mohd Nadzri berkata sehingga kini pihaknya mencatatkan empat kematian melibatkan kemalangan maut di sekitar Kuala Lumpur.
"Empat kemalangan maut itu melibatkan seorang pejalan kaki manakala tiga lagi membabitkan motosikal di kawasan operasi Op Selamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Che Hasni Che Ahmad
#LPS
#operasi bersepadu
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan