Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengambil rakyat asing sebagai pemandu kenderaan pengangkutan awam terutamanya bas.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata menggajikan rakyat asing bukan langkah terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu yang semakin kritikal ketika ini.
"Ada tekanan daripada pengusaha-pengusaha bas untuk membenarkan pemandu asing diambil bekerja sebagai pemandu...kami tidak bersetuju.
"Perkara yang lebih penting sekarang ialah mencari langkah bagaimana untuk menarik minat rakyat tempatan mengisi kekosongan pekerjaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPAD dan Mara hari ini.
Beliau menandatangani MoU perkongsian pintar itu dengan Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan disaksikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malek dan Pengerusi Mara Datuk Idris Jusoh.
Bagaimanapun, Syed Hamid berkata tiada halangan kepada rakyat asing yang mempunyai status penduduk tetap untuk menjadi pemandu bas kerana mereka mempunyai hak bekerja di negara ini.
Beliau berkata rakyat tempatan juga perlu dilatih dan ditawar gaji berpatutan serta insentif menarik untuk menarik mereka menyertai sektor itu.
"Tidak guna menambah jumlah bas sekiranya tenaga tidak mencukupi dan industri ini tidak akan berkembang jika tiada pihak membantu membekalkan industri dengan pemandu-pemandu yang mempunyai kelayakan.
"Kami harap Mara dan pusat latihan lain dapat melihat secara holistik dan kami mahu lihat mutu pemandu dapat ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata SPAD dalam perancangan untuk menubuhkan Akademi SPAD bagi melahirkan pemandu bas berkualiti dan menepati standard yang ditetapkan di samping mengatasi masalah kekurangan pemandu bas.
"Kami mungkin bekerjasama dengan Mara kerana ia mempunyai sistem latihan yang amat baik," katanya.
Beliau berkata untuk meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti di kawasan luar bandar, SPAD memperuntukkan RM1.5 juta kepada Mara di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti.
"Untuk permulaan sebanyak RM220,000 disalur untuk enam bulan pertama bagi penggunaan 202 bas henti-henti Mara Liner di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Hassan berkata kerjasama antara Mara dan SPAD dapat memperbaiki serta meningkatkan kualiti sistem penyampaian.
Beliau berkata peranan yang dipikul Mara amat penting memandangkan kurangnya minat daripada syarikat swasta untuk menyediakan perkhidmatan bas di kawasan luar bandar yang tidak memberi pulangan menguntungkan.
Bernama
Thu Jan 10 2013
KERJASAMA: Hasan (dua,kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara Mara dan SPAD
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.
Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.
Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Faktor usia bukan penghalang nenek tiga cucu jadi pemandu bas
Nor Shuhaini telah berkhidmat bersama bas Rapid Penang selama sembilan tahun untuk menyara keluarga.