awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAN buat laporan polis mohon siasat elemen disabotaj

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2019
03:47 MYT
SPAN buat laporan polis mohon siasat elemen disabotaj
SPAN buat laporan polis minta siasat insiden pencemaran bau dan diesel.
SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membuat laporan pada pagi Selasa meminta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat elemen sabotaj dalam dua insiden pencemaran air yang berlaku dalam tempoh tiga hari .
Laporan berkenaan dibuat bagi meminta pihak berkuasa mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan pencemaran berlaku di muka sauk empat loji rawatan air di antara 19 hingga 21 Julai lalu.
Dalam kenyataan media yang diedarkan, Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, kedua-dua insiden pencemaran yang berlaku dalam tempoh tiga hari amat membimbangkan.
Menurut beliau, insiden pertama yang mencetus kebimbangan ialah pencemaran bau yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang yang berlaku pada 19 Julai lalu.
Sementara insiden kedua pula, kata beliau, ialah pencemaran diesel akibat aktiviti kerja-kerja pengorekkan pasir di hulu sungai.
Sehubungan itu, Charle berkata, keempat-empat LRA terpaksa dihentitugas sekali lagi semalam (21 Julai), apabila pemulihan bekalan air baru sahaja mencapai tahap 97 peratus.
"Kami berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat elemen sabotaj dalam kedua-dua insiden pencemaran ini," kata Charles lagi.
Kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berhubung laporan polis yang dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat elemen disabotaj.
Kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berhubung laporan polis yang dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat elemen disabotaj.
SPAN juga, jelas Charles, terkilan dan bersimpati dengan penderitaan rakyat Selangor akibat penutupan empat loji rawatan air yang berpunca dari pencemaran di Sungai Selangor.
Kenyataan itu turut menyebut, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 121(1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655) untuk mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan mana-mana alur air atau sistem bekalan air atau mana-mana bahagian alur air atau sistem bekalan air itu dengan apa-apa bahan, yang berkemungkinan akan membahayakan nyawa mana-mana orang.
Charles berkata, SPAN juga berharap kerajaan negeri Selangor akan menamatkan konsesi kontraktor-kontraktor pasir sekiranya mereka didapati terlibat dalam insiden pencemaran ini.
"Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam insiden ini," tegas beliau lagi.
Dalam masa sama, Charles menyarankan, untuk mengelakkan insiden-insiden pencemaran yang seterusnya mengakibatkan beban kepada orang ramai daripada berulang, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan perlu mempertimbangkan pemberhentian segala aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai, terutamanya bahagian hulu sungai yang merupakan sumber air bagi aktiviti harian pengguna termasuk memasak dan air minuman.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#loji rawatan air
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#SPAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan