Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengesahkan terdapat pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembentungan di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang yang menjadi antara punca pencemaran sungai itu.
SPAN berkata ia telah menjalankan operasi mengesan pembuangan sisa terlarang yang menyebabkan kejadian pencemaran Sungai Gong, pada lewat malam semalam (24 Sept) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Operasi itu telah memeriksa empat buah lurang pembetungan di kawasan tersebut dan sampel air sisa di dalamnya telah diambil untuk ujian makmal bagi mengesan bahan buangan terlarang berkenaan, kata SPAN.
"Operasi mendapati berlakunya aktiviti perlepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembetungan di sekitar kawasan berkenaan," kata SPAN dalam kenyataan hari ini.
Sabtu lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan insiden air Sungai Gong berwarna hitam tetapi tiada bau yang disyaki disebabkan pewarna, dan menerusi siasatan lanjut, LUAS menemui pelepasan efluen berwarna dan berbuih, daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan IWK GBK 134 area 5, di kawasan perindustrian Rawang.
SPAN berkata petugas IWK di Loji Rawatan Kumbahan Rawang Integrated Industrial Park pada Sabtu lepas telah mengenal pasti kemasukan buangan bukan kumbahan berwarna kuning ke dalam kebuk masuk loji berkenaan, yang menyebabkan IWK menghentikan pelepasan efluen dan melakukan operasi pembersihan loji.
Loji itu merupakan jenis longkang pengoksidaan (Oxidation Ditch-OD) yang mempunyai kapasiti 11,106 penduduk setara meliputi kawasan perindustrian tersebut.
Menurut SPAN, loji rawatan kumbahan hanya direka bentuk untuk merawat air kumbahan dan tidak mampu merawat apa-apa bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembetungan.
SPAN berkata pembuangan sisa terlarang bukan kumbahan adalah satu kesalahan menurut Seksyen 61, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).
"SPAN memandang serius terhadap mana-mana pihak termasuk industri yang membuang atau melepaskan air sisa bukan kumbahan ke dalam atau melalui sistem pembetungan kerana ia satu perbuatan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020

GAMBAR FAIL: Keadaan semasa Sungai Gong selepas mengalami insiden pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang pada 5 Sept lalu. - BERNAMA

Hanya pelajar bergejala perlu jalani ujian saringan sebelum pulang ke asrama
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika ujian saringan diwajibkan kepada semua, ia melibatkan kos. Katanya, Kerajaan tidak mahu membebankan kos dan pandangan KKM menyatakan tidak perlu lakukan pada semua hanya tumpu pada yang bergejala jika terdapat jangkitan COVID-19.

SOP selama ini tidak pernah mewajibkan memakai sarung tangan - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan terdapat kekeliruan antara anggota yang menjalankan tugas dan ibu pejabat polis berhubung video tular pekerja kedai runcit disaman susulan tidak memakai sarung tangan. Ujar beliau, Polis Diraja Malaysia juga mendapati tiada arahan dikeluarkan supaya tindakan diambil jika pekerja tidak memakai sarung tangan.

PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya ditamatkan esok
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan penelitian KKM, trend menunjukan penurunan dan kes terbaharu dilaporkan pada 15 Januari 2021 serta tiada lagi sampel menunggu keputusan. Bagaimanapun tegas beliau kawasan tersebut masih terikat dengan PKP seluruh Johor.

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham
3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

Sidang media maya | Pendekatan politik tradisional perlu diubah
Kerja boleh dari rumah. Belajar juga boleh dari rumah. Tetapi mengapa sidang media dan program pemimpin politik perlu dibuat secara fizikal. Astro AWANI mendapatkan pandangan beberapa Ahli Parlimen yang secara umumnya bersetuju supaya pendekatan tradisional politik sebelum ini, perlu diubah tatkala COVID-19 masih menular dalam negara.

Kedai makan, restoran dibenarkan beroperasi hingga 10 malam
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu dibuat kerana kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan masalah rakyat. Bagaimanapun kata beliau, dine-in atau makan di kedai masih tidak dibenarkan, sebaliknya ia kekal dengan kaedah pembungkusan dan bawa pulang.

PKP di enam negeri dilanjutkan hingga 4 Februari 2021
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Kelantan serta Sabah dilanjutkan hingga 4 Februari 2021. Jelasnya, tempoh tersebut ditambah lagi supaya semua PKP di seluruh negara tamat pada tarikh yang sama, kecuali Sarawak.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/12715250461611224954475/1886641_26098767961611225067894_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Wanita lebih terkesan akibat COVID-19: Ini fokus kajian impak pandemik Ipsos
Berikut lima tumpuan tinjauan Ipsos berjudul Impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia.

Kilang pembuatan dan penjualan cat di Rawang disyaki lepaskan efluen terlarang - SPAN
Sebuah kilang pembuatan dan penjualan cat di Taman Industri Nautical di Rawang, Selangor disyaki melepaskan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahanmilik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.

Bekalan air dijangka pulih esok jika nyah cemar dapat dibuat malam ini - Exco Alam Sekitar
Bacaan terkini pencemaran air di Muka Sauk Lori Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang didapati telah menurun daripada 8 TON kepada 4 TON.

Kerajaan negeri buat laporan polis, cari suspek buang bahan tercemar - Exco
Kerajaan negeri Selangor berharap agar penguatkuasaan lebih ketat dijalankan di lurang kumbahan IWK agar kejadian sama tidak berulang.

Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak Pencemaran bau di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Rawang dipercayai akibat perbuatan sabotaj.

Bahan tercemar dikesan dibuang di Loji Rawatan Kumbahan di Taman Velok, Rawang
Bahan tercemar itu dipercayai dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium.

SPAN sahkan ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong
SPAN hari ini mengesahkan terdapat pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembentungan di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang.

IWK sangkal dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang
IWK menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindustrian Rawang.

LUAS kesan air Sungai Gong Rawang berwarna hitam, tiada henti tugas loji
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya menerima laporan insiden air Sungai Gong, Rawang berwarna hitam, kira-kira pukul 12.11 tengah hari Sabtu.

Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar
Premis penjualan makanan yang menghasilkan sisa FOG akan menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan air sisa kumbahan yang tersekat akan melimpah ke lurang-lurang pembetungan.