awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Dewan Rakyat pinda keputusan undian usul batal SOSMA

Bernama
Bernama
02/08/2022
13:18 MYT
Speaker Dewan Rakyat pinda keputusan undian usul batal SOSMA
Azhar berkata, dengan pindaan itu, sebanyak 104 bersetuju berbanding 105 sebelum ini, tidak hadir 33 berbanding 32 dan undi tidak bersetuju kekal sebanyak 83. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun meminda keputusan undi belah bahagian pada 20 Julai bagi usul membatalkan keputusan dewan yang menolak lanjutan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau berkata dengan pindaan itu, sebanyak 104 bersetuju berbanding 105 sebelum ini, tidak hadir 33 berbanding 32 dan undi tidak bersetuju kekal sebanyak 83 bagaimanapun ia tidak menjejaskan keputusan undian bagi usul berkenaan.
Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 100 yang menyatakan "semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan-peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan-peraturan ini, sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang Dipertua dari satu masa ke satu masa".
Sebelum ini, isu Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah digantung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Julai lepas selepas diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Perkara ini dibangkitkan Teo Nie Ching (PH-Kulai) susulan senarai penyata rasmi pada 20 Julai merekodkan Tajuddin masih masuk ke dewan dan terlibat dalam pengundian usul itu.
"Sebenarnya saya yang mempengerusikan majlis (ketika undi belah bahagian) tetapi saya tidak dimaklumkan tentang penggantungan itu dan saya tidak tahu tentang penggantungan tersebut.
"...sekiranya saya tahu mengenai perkara ini sudah tentu saya tidak akan benarkan Yang Berhormat Pasir Salak untuk mengundi usul Menteri Dalam Negeri," katanya di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#usul batal SOSMA
#pindaan semula undian
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan