Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota Parlimen dan mengingatkan mereka agar mematuhi peraturan yang ditetapkan sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung demi kebaikan semua pihak.
Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ini kerana ada segelintir anggota Parlimen yang tidak mengendahkan keputusan yang dibuatnya dan cuba mewujudkan konfrontasi dengan jemaah menteri.
"Sudah, mungkin sembilan tahun kita bersama di dalam dewan ini dan mungkin ada yang baharu. Semua sudah faham, kalau saya dah buat ketetapan, saya tidak akan mengkaji ketetapan saya.
"Kalau Yang Berhormat ingkar keputusan saya, saya akan mengambil tindakan lain kerana melengahkan perbahasan," katanya sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching yang menyaksikan sewaktu perbahasan dan penggulungan, beberapa anggota Parlimen bangun kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Yap, hingga memaksa Pandikar untuk masuk campur dan menenangkan keadaan.
"Saya sudah buat keputusan supaya jawapan secara bertulis diberikan tetapi Yang Berhormat masih memaksa timbalan menteri memberi jawapan secara lisan, bermakna Yang Berhormat ingkar arahan saya.
"Jika saya arah Yang Berhormat keluar Dewan, Yang Berhormat akan mendapat publisiti, selepas itu Speaker akan dituduh jahat dan Yang Berhormat pula menjadi hero. Begitu kah cara persidangan kita?," tegasnya.
Pindaan RUU itu kemudian dibahaskan dan dipersetujui untuk diluluskan yang antara lain bakal memastikan perkembangan sektor pendidikan tinggi swasta relevan dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah.
"Sektor pendidikan tinggi swasta telah mengalami perkembangan yang pesat dan dinamik. Perkembangan sektor ini telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan modal insan negara," kata Yap sewaktu membentangkan RUU itu.
Menurutnya proses pindaan RUU itu telah dibuat secara konsultatif dengan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkaitan khususnya wakil persatuan IPTS.
Ketika membahaskan RUU itu, Teresa Kok (DAP-Seputeh) sempat memuji kementerian atas inisiatif berbentuk sesi pendengaran awam yang katanya bersikap profesional dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkenaan pindaan RUU itu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
PANDIKAR AMIN: "Jika saya arah YB keluar Dewan, YB akan mendapat publisiti, selepas itu Speaker akan dituduh jahat dan YB pula menjadi hero. Begitukah cara persidangan kita?" - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.
Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasaba
Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri tidak tahu keluarga mangsa telah bertindak menarik balik laporan tersebut.
PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu.
Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota-anggota Parlimen BN menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.
Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar
Tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.