awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop tiba untuk lawatan rasmi

Bernama
Bernama
03/10/2022
21:15 MYT
Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop tiba untuk lawatan rasmi
Ketibaan Mustafa (tengah) dan delegasinya di Kompleks Bunga Raya, KLIA malam tadi, disambut Rashid (kiri) dan Emir Salim (kanan). --fotoBERNAMA
SEPANG: Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop tiba di sini malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sehingga Rabu ini (5 Okt).
Pesawat khas membawa Sentop dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada pukul 11.50 malam.
Sentop dan delegasinya disambut Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Semasa lawatannya, Sentop dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Beliau juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speaker Parlimen Turkiye
#Mustafa Sentop
#Yang di-Pertuan Agong
#lawatan rasmi ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan