MALAYSIA
Spesies berbisa, orang ramai dinasihatkan hati-hati mandi laut di Gertak Sanggul
FAzrul Mahathir berkata, situasi itu dijangka berlarutan hingga Mac berikutan keadaan air laut yang surut jauh. - Gambar Facebook ADUN PH N38 Bayan Lepas
GEORGE TOWN: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika mandi laut di Tanjung Asam dan Teluk Bayu, Gertak Sanggul dekat sini susulan ikan ketuka dan spesies hidupan laut berbisa lain yang aktif berhampiran pantai ketika air surut.
Ringkasan AI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, situasi itu dijangka berlarutan hingga Mac berikutan keadaan air laut yang surut jauh.
"Bagi yang berhajat untuk mandi-manda di Tanjung Asam, Teluk Bayu atau di laut tempat yang air laut berlumpur diminta lebih berhati-hati dan elakkan mandi ketika air sedang surut kerana ketika waktu itu ikan ketuka dan spesies-spesies hidupan laut yang berbisa ini aktif berhampiran tepian pantai," katanya menerusi hantaran Facebook.
Peringatan itu susulan kejadian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas disengat ikan ketuka iaitu spesies ikan pari kecil di Pantai Tanjung Asam, petang Sabtu lepas.
Media melaporkan ibu kanak-kanak itu Siti Aishah Zainal Abidin, 37, berkata anaknya, Zaeed Khan Wazir Khan tiba-tiba menjerit kesakitan ketika mandi di pantai berkenaan dan pada awalnya dia menyangka anaknya terkena batu tajam kerana darah mengalir keluar daripada kaki kanan kanak-kanak itu.
Mangsa dibawa ke klinik berhampiran sebelum dinasihati doktor untuk terus dihantar ke hospital.
Azrul Mahathir turut menzahirkan rasa simpati dan mendoakan Zaeed cepat sembuh.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika mandi laut di Tanjung Asam dan Teluk Bayu, Gertak Sanggul susulan kehadiran ikan ketuka dan spesies hidupan laut berbisa berhampiran pantai ketika air surut.
- Kejadian kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas disengat ikan ketuka di Pantai Tanjung Asam, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengunjung pantai.
- ADUN Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz, menekankan keperluan kesedaran dan kehati-hatian lebih tinggi ketika mandi laut bagi mengelakkan kejadian yang membabitkan spesies hidupan laut berbisa.