awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2024
03:30 MYT
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam dan dikategorikan sebagai spesies terancam secara kritikal. - Foto Check List
KUCHING: Kerajaan Sarawak pada Rabu mengumumkan penemuan spesies baharu primat di negeri itu yang dikenali sebagai monyet merah atau tricolour langur.
Timbalan Premier Sarawak, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penemuan monyet dengan nama saintifik presbytis chrysomelas cruciger ini direkodkan di Sungai Selah Inah, Jemoreng ketika ekspedisi saintifik pada Julai 2022.
"Namanya bukan main hebat tetapi monyet merah telah direkodkan di Sungai Selai Inah, Jemoreng semasa ekspedisi saintifik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
"Penemuan ini telah diterbitkan pada 27 Mac 2024, dalam artikel antarabangsa, iaitu Check List The Journal of Biodiversity Data," katanya.
Jelasnya lagi spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam dan dikategorikan sebagai spesies terancam secara kritikal dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List serta spesies yang terlindung dalam Wild Life Protection Ordinance, 1998.
Pihak Jabatan Hutan Sarawak juga dalam proses pewartaan kawasan habitat monyet tersebut, iaitu seluas lebih kurang 845 hektar sebagai Sungai Selai Inah Protected Forest.
Awang tengah mengumumkan penemuan tersebut dalam penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Rabu.
Topic Berkaitan
#monyet merah
#tricolour langur
#Sungai Selai Inah Protected Forest
#Amar Awang Tengah Ali Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan