Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

Spesifikasi baharu Intel Arrow Lake Refresh tertiris, sokong DDR5-7200

Astro Awani 18/11/2025 | 11:48 MYT
Cip Intel Core Ultra 9 290K Plus menawarkan peningkatan kelajuan yang signifikan, memenuhi keperluan pengguna yang mahukan prestasi lebih baik. -Foto Amanz
DUA BULAN lalu, kami melaporkan tentang kewujudan siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh sebelum pengenalan siri Nova Lake yang akan dibina menggunakan teknologi pengilangan Intel 18A.


Ringkasan AI
  • Intel memperkenalkan tiga cip pemprosesan baharu dalam siri Arrow Lake Refresh sebagai penaiktarafan model sedia ada.
  • Cip-cip baru ini, seperti Intel Core Ultra 9 290K Plus, menawarkan peningkatan kelajuan yang signifikan, memenuhi keperluan pengguna yang mahukan prestasi lebih baik.
  • Cip-cip Arrow Lake Refresh ini dilaporkan menyokong papan induk Intel LGA 1851 dan memori DDR5-7200, memberi pengguna pilihan untuk meningkatkan CPU tanpa perlu menukar komponen lain.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Terkini, butiran mengenai siri cip pemprosesan Arrow Lake Refresh dilaporkan tertiris, memperlihatkan tiga cip baharu yang merupakan penaiktarafan daripada model sedia ada.

Cip pertama ialah Intel Core Ultra 9 290K Plus, penaiktarafan daripada Intel Core Ultra 9 285K dengan jumlah teras sama (8P+16E) tetapi kelajuan Thermal Velocity Boost meningkat kepada 5.8GHz berbanding 5.7GHz sebelum ini.

Cip kedua ialah Intel Core Ultra 7 270K Plus, yang menambah empat teras Kecekapan berbanding model Intel Core Ultra 7 265K, menjadikan gabungan 8P+16E teras, sama seperti siri Ultra 9.

Cip ketiga ialah Intel Core Ultra 5 250K Plus, penaiktarafan daripada Intel Core Ultra 5 245K dengan empat teras Kecekapan tambahan (6P+12E) serta teras Prestasi yang lebih pantas 100MHz.

Kesemua cip ini dilaporkan menyokong papan induk Intel LGA 1851 sedia ada dan memori DDR5-7200, lebih pantas berbanding DDR5-6800 pada siri Arrow Lake asal.

Dari segi pelancaran, cip Intel Arrow Lake Refresh dijangka hadir tahun hadapan, dan pengguna yang mahu menaik taraf CPU Arrow Lake sedia ada boleh berbuat demikian tanpa perlu menukar komponen lain. -Amanz







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah butiran terbaru yang dilaporkan mengenai siri cip pemprosesan Arrow Lake Refresh?
    A: Dilaporkan terdapat tiga cip baharu sebagai penaiktarafan daripada model sedia ada, iaitu Intel Core Ultra 9 290K Plus, Intel Core Ultra 7 270K Plus, dan Intel Core Ultra 5 250K Plus.
  • Q: Apa perbezaan cip Intel Core Ultra 9 290K Plus berbanding model sebelumnya?
    A: Intel Core Ultra 9 290K Plus mempunyai kelajuan Thermal Velocity Boost sebanyak 5.8GHz berbanding 5.7GHz pada model sebelumnya, dengan jumlah teras yang sama iaitu 8P16E.
  • Q: Bagaimanakah cip Intel Core Ultra 5 250K Plus berbeza daripada Intel Core Ultra 5 245K?
    A: Intel Core Ultra 5 250K Plus merupakan penaiktarafan daripada Intel Core Ultra 5 245K dengan tambahan empat teras Kecekapan (6P12E) dan kelajuan teras Prestasi yang lebih pantas sebanyak 100MHz.
  • Q: Apakah sokongan yang diberikan oleh kesemua cip Arrow Lake Refresh terhadap papan induk dan memori?
    A: Kesemua cip ini dilaporkan menyokong papan induk Intel LGA 1851 sedia ada dan memori DDR5-7200, lebih pantas berbanding DDR5-6800 pada siri Arrow Lake asal.
  • Q: Bilakah jangkaan pelancaran cip Intel Arrow Lake Refresh?
    A: Cip Intel Arrow Lake Refresh dijangka akan hadir pada tahun hadapan, membolehkan pengguna menaik taraf CPU Arrow Lake sedia ada tanpa perlu menukar komponen lain.



#Intel #cip pemprosesan baharu #Arrow Lake Refresh #Core Ultra 9 290K Plus