KINI-TRENDING

Spider-man akan kembali bersama Marvel

Ian Johan Ariff 10/02/2015 | 12:33 MYT
Spider-man akan kembali semula ke pangkuan Marvel selepas pemilik haknya Sony Pictures mengumumkan kerjasama dengan pemilik asalnya.
Watak terkenal Spider-man akan kembali semula ke pangkuan Marvel selepas pemilik haknya Sony Pictures mengumumkan kerjasama dengan pemilik asal adiwira itu. Sebuah filem baru Spider-man juga bakal dikeluarkan pada Julai 2017.








An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengumuman Sony Pictures juga menyebabkan nama Spider-man trending di platform twitter. Ada juga yang meramalkan Spider-man akan membuat kemunculan dalam filem Captain America: Civil War pada tahun hadapan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat 'Spidey' turut berharap Marvel Studios akan menerbitkan sebuah filem Spider-man dengan jalan cerita yang lebih menarik.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun Marvel Studios mempunyai hak untuk menerbitkan filem Spider-man, Sony Pictures masih memiliki hak penuh ke atasnya. Ini jelas pada klausa Sony Pictures boleh mengedar, membiayai dan mempunyai kawalan penuh hak kreatif Spider-man.

Marvel menjual hak cipta Spider-man pada 1999 kepada Sony Pictures dengan nilai US$7 juta. Francais filem Spider-man terbitan Sony setakat ini sudah mengumpul US$4 bilion.
#Marvel #Sony #Sony Pictures #spider #Spiderman #spidey