MALAYSIA

SPM 2016: 'Kami sebenarnya peduli tentang reaksi ibu bapa'

Syafique Shuib 16/03/2017 | 04:50 MYT
Mahu ibu bapa bangga... itulah antara harapan calon SPM 2016 yang mengambil keputusan peperiksaan mereka hari ini. -Gambar: fotoBERNAMA
Mahu ibu bapa bangga… itulah antara harapan segelintir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang mengambil keputusan peperiksaan mereka hari ini.

Walaupun empunya diri bersedia dengan apa sahaja keputusan, tetapi perasaan ibu bapa tetap diutamakan.

Ramai calon SPM 2016 menzahirkan perkara itu melalui akaun media sosial masing-masing, sekali gus memberi petunjuk tentang sebahagian daripada sentimen yang bermain dalam fikiran mereka.

“Bila sudah cuba terima apa sahaja keputusan, tetapi asyik terfikir reaksi ibu bapa kalau keputusan biasa sahaja,” kata seorang pengguna Twitter dengan nama @syamimqayyum.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beberapa netizen lain turut meluahkan perasaan yang sama.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang akhbar pengumuman SPM hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 102 daripada 434,535 calon SPM 2016 mendapat keputusan semua A+, iaitu bersamaan 1.94 peratus dan juga penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015.

Tambahnya, SPM 2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10, lebih baik berbanding 5.15 pada 2015.

Para calon turut meluahkan mereka mengalami tekanan yang berbeza kerana merupakan kumpulan pertama yang menduduki menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 2014.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, ramai juga yang meluahkan kesyukuran dengan keputusan yang diterima.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Walaupun apa sahaja keputusan, para ‘senior’ atau mereka yang telah melalui SPM sebelum ini terus memberikan kata-kata semangat.

Kata mereka, usaha harus diteruskan dan para pelajar tidak boleh berputus asa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#keputusan #media sosial #Sijil Pelajaran Malaysia #SPM 2016